#featured-post a{color:#fff} #featured-post ul{list-style:none;padding:0} #featured-post ul li{padding:2px 0 0 2px;float:left;clear:none;width:183px} #featured-post .item-content{background:transparent} #featured-post .item-thumbnail{background:transparent} #featured-post .item-content img{width:183px;height:183px} #featured-post .item-title{line-height:1.3em;font-size:90%;min-height:50px;max-height:50px;;opacity:0.75;background:#000;margin:-63px 0 1px;padding:5px;color:#fff;overflow:hidden} #featured-post ul li:first-child{height:250px!important;width:250px!important;padding:2px 0 0!important} #featured-post ul li:first-child img{height:250px!important;width:250px!important} #featured-post ul li:first-child + li + li + li{width:368px!important;height:64px!important;overflow:hidden} #featured-post ul li:first-child + li + li + li img{width:368px!important;height:368px!important} #featured-post ul li:first-child + li + li + li div.item-title{margin:-373px 0 5px;padding-right:60px;min-height:56px;max-height:56px;opacity:0.90;background: #000 url('https://lh6.googleusercontent.com/-XE052qluJF4/T5WdnWYnAmI/AAAAAAAAJTg/yzMM76rYjkI/s48/Arrow%2520Right.png') 305px 7px no-repeat!important} #featured-post ul li:first-child + li + li + li div.item-title a{font-size:16px;line-height:1.2em}

Sunday, February 27, 2011

Wajah Baru

Sekadar memberi informasi terkini dan ringkas:

Blog ini telah diperbaharui dari segi layout, theme dan banner..

Amacam? Ok x? terbaik kan? hehehe...
So, i'm sorry sebab seriously tak byk masa ada utk blogging bwat masa skang...
yang draft tu banyak tapi nak siapkan and publish tu agak sakit jgak la kan... hahaha...
xpe2.. insyallah.. saya akan update dari semasa ke semasa...

ok, alamat web blog ini pun sudah ditukar iaitu:

ceriterahikayat.blogspot.com


so, please be informed k?

Saya akan datang dengan satu lagi blog tau.. hehehe.. macam siot kan... dah ader dua blog tapi nak pasang lagi satu plak... tamak ke aper kufazuke ni kan?

well, blog yg terbaru ni nanti memang sangat2 lain drpd aper yg saya ketengahkan dalam kedua-dua blog ye...
genre lain dan penyampaian pun lain... haha..

suspen? yeah.. tungguuuuu... bkan aper bro and sis,
saya saja nak memperluaskan lagi salah satu bakat lain yang ada pada saya jgak... so x salah kan?
lagi banyak, lagi meriah... btul x? hahaha.. dan lebih sistematik...
ok la... sampai sini saja ye.. 
jumpa lagi di entri akan datang....

Sekian, terima kasih.
-kUfaZuke-

ps: Sila lah lawat juga ye The Kufazuke Show .... TQ!


Sunday, December 19, 2010

Kisah Wira dan Lelaki Berserban Putih

"Prannggg!!", botol Heineken berkecai di lantai sebuah disko yang agak terkenal di selatan ibukota. Musik techno dan suara penghuni-penghuni rumah yang pekat berbau arak itu terus berkumandang dengan kuat sehingga gemanya dapat didengari oleh pelanggan-pelanggan restoren yang terletak tidak jauh dari tempat itu. Wira yang dari tadi asyik terkinja-kinja bersama seorang wanita yang beliau sendiri tidak kenali terkejut apabila bunyi botol yang pecah itu diiringi dengan tarikan badan beliau ke belakang beserta se-das penumbuk yang hinggap tepat di mata sebelah kanannya. Wira terjatuh.

"Woi, Mat! Yang ko kaco awek aku kenapa? Ko memang carik pasal weh!", marah seorang pemuda yang berang kerana wanita yang Wira enak berfoya itu merupakan teman wanitanya.Dan lebih malang lagi, pemuda tersebut merupakan salah seorang "abang" dalam sebuah kumpulan samseng.

Wira hanya mampu mendiamkan diri dan cuba sedaya upaya melihat wajah lelaki tersebut dalam keadaan mabuk.

"Weh.. rileks la bro... We just wanna have some fun.. Thats all"

"Rileks kepala hotak ko!", kini perut Wira pula menjadi mangsa sepakan marah pemuda tersebut.Wira bernasib baik kerana nyawanya masih lagi belum melayang atas ihsan yang tak seberapa daripada pemuda itu. Kalau nak diikutkan dengan salah yang telah dilakukannya, di tempat lain, beliau kini mungkin sedang menderita dengan kelaran pisau di badan.

Sejurus selepas itu, pemuda tersebut membawa teman wanitanya pergi dan bouncer seramai 4 orang terus mendapat kan Wira. Mereka mengangkat badan Wira yang rata-rata seberat 78kg serta berbau alkohol yang kuat, terus menuju ke pintu utama. Bouncer-bouncer yang berbadan tegap itu pun terus mencampak Wira keluar dari disko tersebut.

"Ptuihh! Lu ha... kalo lu nak buat pasal, lu buat tempat lain lorh.. Wa nampak muka lu lagi di sini ha, wa kasi hantam lu lg teruk! Blah!!"

Wira cuba mengangkat badan nya sendiri. "Hik..hik", sedu beliau menandakan air kencing syaitan telah mula mengeluarkan gas dari dalam perutnya.

Beliau cuba berjalan dengan langkah yang amat buruk. Bahkan lebih teruk daripada budak kecil yang baru belajar berjalan. Ibarat beliau bertatih dari satu langkah ke satu langkah yang lain. Sedu bersilih ganti bersama langkah-langkah itu. Lemah dan longlai.

"Brooom!! Shhhhhhh....", kini Wira lenjun dengan hujan lebat yang tiba-tiba turun tanpa sebarang petanda. Atau barangkali inilah mulanya jalan cerita kepada sesuatu yang amat bernilai bagi beliau.

"Damn shit... hujan plak dah... Babi la kereta jauh...", sumpah Wira terhadap dirinya sendiri. Atau, beliau sendiri tidak tahu dan sedar bahawa caci sumpah seranah yang beliau lemparkan itu adalah kepada Tuhan dan dirinya sendiri.

Dalam kebasahan, beliau mencari-cari tempat yang boleh beliau jadikan tempat berteduh. Setelah dua tiga kali pusing, akhirnya beliau ternampak sebuah pondok hentian bas yang kosong. Beliau cuba ke sana secepat mungkin. Selang 46 saat, akhirnya beliau sampai dan terus bersandar di sana.

"Brroooommm!!", guruh pada malam itu terasa amat lain sekali. Nyaring dan panjang. Seolah-olah memanggil sesuatu. Wira memandang ke langit yang gelap itu. Pandangannya kosong. Pelbagai masalah yang beliau tanggung berada di benak fikirannya. "Damnn...", Wira tertunduk sambil memapah mukanya.

"Assalamualaikum wahai pemuda.", sapa seorang tua yang berserban putih yang langsung tidak disedari kehadirannya.

"....................", Wira tidak menjawab. Alkohol membutakan akalnya sedikit pada ketika itu.

Wira menatap dari atas hingga ke bawah lelaki itu. Dari segi kedutan pada wajah orang tua itu, boleh dikatakan bahawa beliau agak berusia. Awal 70an barangkali. Bersih... Wangi...Badannya kering... seolah-olah beliau tidak terkena langsung hujan sebelum sampai di hentian bas tersebut.

"Anak ni ada masalah ke?", orang tua itu memulakan bicara.

"Jangan kacau urusan orang lain la..", sombong Wira.

Orang tua tadi cuma tersenyum. Seuikr senyuman menguntum di bibirnya. Agaknya beliau berasa lucu melihat lagak dan gaya seorang pemuda yang penuh masalah dan bereego tinggi itu. Biasalah, orang muda. Berdarah panas. Tapi lemah...

"Pakcik pun pernah lalui zaman macam kau, nak. Manalah tahu andai pakcik boleh tolong.", pancing pak cik tersebut.

Wira menghela nafas yang panjang. Mukanya berkerut. Beliau agak rimas dengan pakcik tersebut. Diamati wajah orang tua itu. Renungannya tajam. Ibarat harimau yang melihat mangsa dari jauh sebelum ingin menerkamnya.

"Pakcik.... sudah takde aper yang boleh di selamatkan lagi! Semuanya dah terlambat!!", marah Wira dalam keadaan separa mabuk. Beliau memaling mukanya ke arah jalan raya dan meludah. "Hidup aku cukup memeritkan. Dah pelbagai usaha aku korbankan dan kini? tapi akhirnya semuanya sia-sia! Dan kau pulak datang dari entah mana, nak selesaikan masalah aku? Hahaha.. kau anak mana-mana Dato' ker?"

Keadaan bertukar menjadi semakin menarik. Pakcik itu memandang Wira dengan penuh tenang, masih lagi mengukirkan senyuman pada pemuda itu. Murah... tidak perlu keluarkan satu sen pun untuk sedekah. Beliau kemudiannya duduk menghadap Wira.

Wira jelas dipengaruhi alkohol. Walaupun masih sedar, tapi keadaan inilah membuatkan seseorang itu senang saja meluahkan segalanya yang ada di dalam hati. Muka dan matanya merah. Mulutnya berbau hapak. Lagaknya seperti seorang yang telah menelan beberapa pil tidur tapi tidak mahu-mahu melelapkan mata.Tiba-tiba air mata Wira mengalir. Dia menangis. Apabila hati dibebani masalah yang berat, dan hanya dapat dipendamkan, pasti mata menanggung sakitnya jua.

"Dulu aku punya seseorang. Dia cantik sangat-sangat. Aku cintainya sepenuh hatiku. Hanya dia yang aku ada. Sob.. Sob.. Sob.. Auranya masihku terasa.  Wajah ayunya masih bermain di dalam fikiranku.", Wira mula teresak.

"Apa yang telah terjadi?", soal pakcik tadi.

"Aku terlalu cintakan dia.. aku percayakan dia.. telah aku korbankan segalanya.. kerana aku menginginkan diri dia. Aku ikhlas dalam hubungan tu.. hik hik... Percayalah.. aku dah buat yang terbaik... isk isk.. apa salah aku?", tangis Wira.

Pakcik tadi masih lagi duduk di sebelahnya sambil memimik muka selamba. Wira mengesat mata dan hidungnya. Dia betul-betul menangis ibarat budak remaja yang baru putus cinta. Beliau melihat persekitaran yang masih dituruni hujan lebat. Setelah beberapa hela nafas diambil, beliau menyambung.

"Tak pernah aku berkira dengan dia. Aku turut segala kemahuannya. Tak kira apa jua. Tapi kenapa dia curangiku? Apa salah ku? Apa yang tak cukup lagi untuknya? Aku berniat ikhlas padanya. Kenapa ini yang terjadi? Kenapa aku tak dapat apa yang aku mahukan? Isk.. Isk.. Isk.. tak ada apa lagi yang aku pinta... Aku cuma mahukan kebahagiaan".

Lelaki berserban putih itu memandang Wira. Jelas redup matanya dan masih menguntum senyuman kecil kepada Wira. Selang beberapa hela nafas, beliau memulakan bicaranya.

"Nak, setelah mendengari apa yang kau ceritakan ni, pak cik boleh nampak segalanya."

Wira tergamam.

"Percaya tak bahawa kita hidup di bumi Allah ni hanyalah bersifat ilusi? Apa yang kita lihat di dunia ni hanya sekadar permainan. Ibarat mimpi yang menunggu masa saja untuk kita dikejutkan. Dan cara kita dikejutkan berbeza. Ada yang dikejut cara perlahan dan ada yang dikejutkan secara tiba-tiba. Ikut bahagian masing-masing.

Wira tertunduk.

"Manusia. Insan. Erti insan itu pun sendiri bermaksud "pelupa". Tiada makna yang lebih jelas daripada maksud itu sendiri. Wira, manusia tak pernah puas dengan apa yang mereka dapat. Tak pernah puas dengan apa mereka kejari. Kita tak pernah puas. Dan masing-masing pun ingin mengejar segala nikmat dunia tanpa mereka sedari bahawa nikmat di akhirat yang lebih bermakna dan lebih bernilai daripada segalanya. Kau sepatutnya bersyukur daripada merasa sedih dan terus menyeksakan diri kau sendiri."

Wira memandang wajah orang tua itu dengan mata yang sembam.

"Kau bertuah kerana wanita itu telah menunjukkan kau wajah sebenar dia sebelum kamu mengambil langkah yang lebih jauh. Sudah jelas lagi nyata, dia hanya mengejari harta kau, kesenangan kau, pangkat kau. Itu sahaja yang dia nampak pada kau. Dia membutakan dirinya daripada melihat siapa kau di dalam diri kau sendiri. Kualiti kau, sifat baik kau, kesetiaan kau dan segalanya. Wanita-wanita begitu hanya akan mengikis segala yang kau usahakan dan tinggalkan kau bila dia rasa kau tidak berguna lagi. Wanita begitu kah yang kau ingin kejari? Yang ingin kau kongsi dan bersama dalam hidup kau sehingga akhir hayat?"

Wira tertunduk kembali. Senyap dan menangis perlahan-lahan.



"Fikirlah Wira. Pak cik dapat rasa dalam hati kau itu. Sangat-sangat ikhlas. Tapi berbaloikah dengan apa kau lakukan sekarang? Kau minum arak sehingga mabuk, lakukan dosa-dosa lain dan seksa diri sendiri padahal wanita yang kau masih sayang itu terus gembira dengan dunianya sendiri. Berbaloikah? Fikir-fikir lah Wira. Kau berhak untuk mendapat yang terbaik dalam hidup kau. Kau berhak kecapi sesuatu yang setaraf, yang lebih berbaloi dengan apa kau usahakan. Jangan letak dunia kau pada seorang wanita. Letaklah dunia kau pada Allah. Sesungguhnya, dunia akan mati tapi Dia, tidak. Dia lah yang akan sentiasa bersama kita tak kira apa jua kita lakukan dan di mana sahaja kita berada."

Wira terus menangis. Menangis dan menangis. Sejurus selepas itu, petir mula menyambar di langit. Guruh berdentum kuat. "Booom!! Boom!!" Wira tersentak. Dia segera menoleh untuk memandang pakcik berserban putih tadi. Tetapi beliau sudah tiada lagi. Hilang entah ke mana. Ibarat terkena renjatan elektrik, Wira tersentak. Beliau terkejut. Perasaannya bercampur baur. Pelik bercampur seram.

Manakan tidak, tempat yang beliau berteduh tadi bukanlah perhentian bas yang beliau singgah tadi. Ia cuma pondok pengawal keselamatan yang usang, gelap seperti sudah ditinggalkan bertahun lamanya. Di langit amat-amat cantik. Tiada langsung petir. Tiada hujan jua. Malah disekitarnya serta jasad beliau sendiri kering tidak seperti mana terkena hujan tadi. Wira kaget. Terduduk beliau. Air mata berderu kencang di pipi.

Tidak lama kemudian, azan Subuh pun berkumandang.

Hari ini adalah hari yang berbeza bagi Wira. Sinar baru akan ditempuhinya.



"Hidup kita sekali sahaja."

Monday, May 11, 2009

.:: Hikayat Anggun dan 4 orang pemburu ::.

Pada suatu hari yang terik, seorang pemuda bernama Munajat, anak kepada salah seorang pembesar negeri Pokok Sendayan keluar memburu bersama beberapa orang pengikutnya. Tiga orang pengikutnya yang menaiki kuda dibawa bersama keluar dari awal pagi hingga ke tengahari bagi membantu beliau mengisi masa lapang yang terluang. Setakat ini, baru seekor rusa yang berjaya di panah. Oleh kerana tidak berpuas hati dengan buruan yang didapati, beliau mengambil keputusan untuk melanjutkan aktiviti memburu itu hingga ke kampung seberang. Tibalah mereka berempat di depan sebuah rumah usang yang terletak nun jauh dipinggir hutan tersebut.

Munajat yang keletihan, mengajak para pengikut untuk berehat sebentar. Disebabkan oleh bekalan makanan dan minuman mereka kehabisan, Munajat mengambil keputusan untuk menyapa tuan punya rumah usang itu untuk meminta sedikit air.

“Wahai tuan rumah, patik bernama Munajat anak Tuan Syahbandar Negeri Pokok Sendayan, datang dengan aman untuk meminta sedikit ihsan darimu.”, sapa Munajat di perkarangan pintu rumah tersebut.

Panggilan pertama itu dibalas dengan bunyi bisu dari dalam rumah itu. Keadaan rumah itu kelihatan sungguh kotor dan barangkali didiami oleh orang yang miskin bertaraf bawahan. Munajat dan pengikutnya saling berpandangan. Pengikut kanan beliau member isyarat supaya beliau cuba memanggil kali kedua.

“Wahai tuan rumah, patik bernama Munajat anak Tuan Syahbandar Negeri Pokok Sendayan, datang dengan aman untuk meminta sedikit ihsan darimu.”, Munajat menyapa sekali lagi.

“Tunggu sebentar wahai tuan hamba. Patik datang dengan segera.”, balas tuan punya rumah itu dari dalam.

Sejurus selepas itu, terbukalah pintu rumah tersebut di depan Munajat serta para pengikutnya. Keluar seorang gadis jelita berpakaian compang-camping berambut lurus serta lesung pipit di pipinya.

“Maafkan patik, Tuan Munajat. Patik tidak mendengar suara tuan kerana sibuk memasak makanan tengahari”.

“Tidak mengapa wahai cik adik. Patik faham.”, balas Munajat dengan senyuman dan mata yang melihat gadis itu dari atas ke bawah. Hatinya tertarik pada gadis itu.

“Patik meminta izin ke dapur wahai tuan sekalian. Akan patik datang semula bersama makanan serta minuman untuk kalian.”, dengan lemah lembut si gadis itu meminta diri.

“Baik tuan hamba. Kami tunggu di sini”, Munajat membalas kesopanan gadis tersebut dengan suara yang lembut.

Beberapa ketika kemudian, datanglah gadis itu bersama makanan dan minuman untuk keempat-empat pemburu itu.

Sambil menikmati juadah ringkas itu, Munajat bersuara, “Saudari, siapakah gerangan saudari ini? Andai saudari tidak keberatan menjawab soalan hamba.”

“Nama hamba Anggun. Hamba tinggal sebatang kara di sini.”

“Oh.. Jadi, di manakah ahli keluarga saudari yang lain?”

“Tuan Munajat, hamba datang di sini atas sebab menyelamatkan diri hamba daripada musuh yang menceroboh kampung hamba dahulu kala. Kesemua ahli keluarga hamba telah mati dibunuh oleh penceroboh-penceroboh itu.”, jelas Anggun dengan air mata bergenang di matanya.

Munajat menundukkan kepalanya. Barangkali sama-sama sebak dengan kisah diceritakan oleh Anggun. Beliau memandang kepada ketiga-tiga pengikut yang tadi duduk di bawah pohon kelapa menikmati minuman. Kesemuanya kelihatan sedang tidur yang mungkin disebabkan keletihan yang dihadapi mereka. Anggun yang turut memandang mereka tersenyum, barangkali kelihatan lucu dimatanya. Ini adalah peluang Munajat untuk mengambil sedikit masa lagi mengenali Anggun.

Munajat memandang tepat di mata Anggun yang semakin reda dengan air mata. Seraya itu, beliau bersuara,” Saudari, bolehkah seandainya hamba bertanya tentang latar belakang keluarga saudari?”

“Arwah bapa hamba adalah seorang peladang di kampung hamba dahulu. Ibu hamba membantunya setiap hari di ladang kami. Hamba adalah anak tunggal mereka.”

Melihat Munajat bagai ingin cerita yang lebih lanjut, Anggun pun menyambung.

“Kami tinggal di sebuah rumah yang lebih selesa daripada ini. Bapa hamba adalah seorang yang penyayang. Dia sentiasa dahulukan keluarga daripada apa-apa sekali pun. Namun, semua itu hilang dalam sekelip mata saja.”, Anggun mengesat matanya yang kembali digenangi air mata.

“Ceritakan lah apa yang berlaku wahai saudari. Hamba sedia mendengarnya apa yang menjadi titik hitam hidupmu itu.,” soal Munajat pada Anggun sambil mengurut-urut kepala nya yang pening barangkali akibat cuaca yang panas itu.

Anggun terdiam sebentar. Mencari bait-bait yang sesuai untuk memulakan cerita. Sesekali beliau melihat muka Munajat yang bercampur baur dengan sakit kepala dan kesungguhan mendengar cerita beliau. Selang dua tiga hela nafas dalam diambil Anggun, beliau mulakan bicara kembali.

“Pada suatu malam, kami sekeluarga sedang asyik menikmati makan malam hasil ladang keluarga kami sendiri. Tiba-tiba, seluruh kampung menjadi kecoh dan huru-hara akibat penceroboh-penceroboh yang datang dengan niat menzalimi. Rumah kami tidak terkecuali daripada serangan mereka. Mereka pecahkan pintu rumah kami dan mengikat kedua orang tua hamba. Barangkali hamba baru berumur 16 tahun ketika itu. hamba cuba melarikan diri tetapi tidak berjaya. Mereka tangkas menangkap hamba daripada mengikut pintu belakang.”

Tiba-tiba Anggun terus menangis dan tidak sanggup untuk meneruskan kisah hitamnya itu. Dengan kedua-dua belah tangannya, beliau menerkup muka manisnya itu. Munajat hanya dapat berdiam saja melihat Anggun begitu.

“Saudari tidak perlu teruskan andai ia benar-benar melukakan hati saudari.”, pujuk Munajat.

“Tidak. Hamba akan terus cerita. Barangkali, ini adalah buat penghabisan kalinya hamba ceritakan kisah ini pada sesiapa pun. “, jelas Anggun pada Munajat.

Dengan wajah yang hairan, Munajat bersedia mendengar kisah Anggun kembali. Sambil memandang tepat ke mata Munajat, Anggun bersuara.

“Setelah mereka semua mengikat ibu dan bapa hamba, mereka mula bersifat lebih kebinatangan. Mereka…. urm… mereka… mereka merogolku bergilir-gilir di depan ibu bapa hamba sendiri. Hamba masih teringat bagaimana tangisan ibu hamba melihat anak daranya diratah bagaikan semalam ia terjadi.”

Munajat mengelengkan kepalanya dengan mata yang terbeliak mendengar pengakuan Anggun tadi.

“Iya tuan hamba, mereka perlakukan hamba begitu. Setelah selesai, mereka bunuh kedua-dua orang tua hamba di depan hamba sendiri. Hamba bagaikan ingin pengsan melihat keadaan ngeri orang tua hamba tetapi, syukur hamba masih lagi kuat untuk berdiri. Hamba cepat-cepat melarikan diri hamba. Syukur juga mereka semua tidak menyedari kehilangan hamba kerana ralit dengan membunuh orang tua hamba.”

Munajat memegang kepalanya yang dari tadi pening. Ditambah lagi dengan kisah hitam Anggun, beliau tersandar di atas batu tangga rumah usang Anggun. Melihat Munajat yang masih lagi tekun mendengar, Anggun pun menyambung,

“Hamba masih ingat siapa yang ceroboh rumah hamba dan membunuh orang tua hamba.
Hamba telah bersumpah atas kubur ibu hamba yang hamba akan membalas dendam untuknya.”
Dengan suara yang mengigil akibat menahan sakit kepala, Munajat bersuara,
“Siapakah orangnya yang membuat segala onak ini wahai saudari? Ingin saja hamba cari dan membunuhnya bagi pihak saudari. Hamba tidak boleh tahan dengan cerita saudari ini. Hati hamba rasa sakit dan berkecai!! Kezaliman harus dihapuskan!!”

“Tidak perlu tuan hamba. Biar hamba sendiri yang tanggung semua ini. Hamba punyai cara hamba sendiri.”, jelas Anggun pada Munajat.

Munajat terdiam sebentar melihat air muka Anggun yang penuh dengan dendam dan rasa benci yang mendalam. Pertama kalinya buat Munajat melihat kesungguhan dalam wajah seseorang.

“Saudari, andai tidak izinkan hamba membunuh keparat-keparat yang menzalimi saudari dahulu, bolehkah seandainya hamba tahu siapa gerangan orangnya supaya dapat hamba cari dan berikan mereka pada saudari. Anggaplah ia sebagai tanda terima kasih hamba kepada saudari atas ihsan yang saudari berikan kepada kami”, tawar Munajat kepada Anggun.

“Haha.. baiklah. Hamba rasa tuan hamba kenal benar dengan orangnya.”

“Huh, siapa?”

“Bapa tuan hamba sendiri sebenarnya. Masa itu kerajaan negeri ini sedang meluaskan jajahan mereka di bumi ini. Sebab itu mereka melupuskan semua penduduk asal negeri ini wahai tuan hamba.”

“….!!!”

“Ya, sebagai membalas dendam, hamba terpaksa membunuhmu wahai Tuan Munajat! Biar bapa tuan hamba tahu bagaimana rasanya kehilangan seseorang yang disayanginya”, jelas Anggun dengan selamba kepada Munajat yang mukanya sudah pucat bagaikan mayat.

“Celaka kau… Akan kubunuu….”, kata terakhir Munajat sebelum rebah di tanah. Badannya mengeletek-geletek sambil buih penuh bersarang dimulutnya.Barangkali, racun yang disediakan Anggun sudah mula bertindak dalam badan Munajat. Tiga lagi pengikut Munajat tadi sebenarnya telah lama mati di bawah pohon kelapa yang diduduki mereka.
Anggun tersenyum sinis melihat keempat-empat jasad yang tidak bernyawa di depan rumahnya. Seraya itu, beliau mendongak ke langit seolah-olah ingin memberitahu sesuatu.

“Bonda, ayahanda… Rancangan pertama anakanda telah berjaya. Sekarang mula untuk rancangan kedua pula. Anakanda ingin menepati sumpah anakanda pada ibunda dan ayahanda untuk membela kematian kalian!! Semoga kita dapat ketemu lagi nanti”, ujar Anggun dengan senyuman di bibirnya dan air mata yang jatuh di pipinya.

Wednesday, April 29, 2009

.:: Sia - sia ::.

Hasil karya : kUfaZuke

Broooooommm!!…. Satu kereta Proton Iswara berwarna putih laju menyusuri Lebuhraya KL – Seremban pada satu petang yg terik. Muka Adam, seorang juruteknik sebuah syarikat kecil seakan kusut dan pilu. Beliau dalam perjalanan pulang dari kenduri perkahwinan abang sulungnya di Melaka ke rumahnya yang terletak di Bangi. Tiba-tiba alat komunikasi mobilnya berbunyi manandakan terdapat khidmat pesanan ringkas masuk.

Naper abang tak tepon ayang smlm? Ayang tertunggu2 tau

Mesej itu tak lain tak bukan daripada teman wanita beliau, Irene. Seorang gadis cantik yang beliau kenali sejak beliau mengambil Diploma di sebuah universiti tempatan. Hatinya seakan geram melihat mesej tersebut. Fikirannya memutarkan semua berita-berita buruk yang beliau terima mengenai teman wanitanya itu. “Ring!! Ring!!”… Kali ini alat komunikasinya berbunyi menandakan seseorang sedang menelefon beliau.

“Hello.. Abang, naper tak reply mesej ayang?”

Nak reply aper?? Abang malas…. Tak tau nak balas aper…

“Naper abang ckp camtu?!! Abang tak sayangkan ayang lagi
ker? Kalau tak.. cakap je la!! Ingat abang bagus sangat?!!”

“Tut Tut Tut…”, Irene meletak telefonnya membuatkan Adam semakin tertekan.

Ego kelakiannya disampah-sarapkan oleh teman wanita yang suatu ketika dahulu amat dimanjainya. Kereta Iswara putih itu dipecutnya lebih laju daripada had kelajuan yang ditetapkan. Hatinya perit. Manakan mungkin seorang yang berego tinggi seperti beliau dikalahkan oleh seorang gadis kecil molek yang berasal daripada Kedah ini. Beliau mengambil telefon bimbitnya dan mendail nombor Irene.

Hello… Naper ayang tiba-tiba letak tepon? Ayang ingat hati
ayang sorang je sakit?!!

Abes tu… naper abang tak call ayang semalam? Ayang tggu abg
macam org bodoh je!!

Wei sayang!! Abang dah call ayang tau… Apsal Hasan lak
angkat?!!

…….. “, Irene terperangkap.

Dia cakap kat abang… Ayang tgh beli popcorn maser tu… Abang
tanya korang kt maner… Dia jwb kat wayang..

Hasan kawan je la bang… Bukannyer aper pun…

Ah!! Berjaya abang nak percaya… ayang ingat abang xde kawan ker yg nampak ayang kt saner cmner?… Kalau ayang nak bukti, kawan abang siap hantar MMS kt abang gambar ayang ngan Hasan kt saner!!

…….

Ha!! Naper diam?? Naper tak bersuara?! Ohh… bukan main siap pegang tangan Hasan kat saner..
siap lentok2 kepala lagi…

…….

Ayang tau tak? Dalam byk2 perempuan yang abang kenal…
ayang la paling teruk!! Paling tak berterima kasih… Tak pandai nak menghargai
kesetiaan orang!! Bodoh!! Tolol!! Jalang!! Isk.. ayang la orang paling……..

“ Tut! Tut! Tut!”, sebelum sempat Adam menghabiskan sumpah seranah serta maki hamunnya pada gadis itu, talian terputus.

Kemungkinan Irene tidak lagi sanggup mendengar orang yg di’memperdua’kan ini mengeluarkan kata-kata kesat padanya. Hati Adam belum lagi puas tetapi sedikit lega daripada sebelum ini. Barangkali kerana sedikit amarahnya dipuaskan. Walaupun begitu, Adam tetap juga merasa kasihan pada gadis itu. Mungkin dalam hatinya masih ada rasa sayang pada Irene.

Adam meletak telefon bimbitnya di atas dashboard keretanya itu… Dia mula menaikkan kelajuan keretanya sedikit lagi dengan harapan tekanan di dalam benak otaknya akan lega. “Tiit!! Tiit!!”, telefon bimbitnya berbunyi menandakan telefonnya itu terdapat khidmat pesanan ringkas yang baru… sekali lagi. Telefon itu terjatuh ke bawah kerusi disebabkan oleh getaran yang dihasilkan oleh telefon itu apabila sesuatu mesej elektronik masuk.

Adam memandang telefon itu. Dalam hatinya berbisik kemungkinan teman wanitanya itu ingin memohon maaf padanya. Atas nama cinta, beliau tunduk untuk mengambil telefon itu. Sejurus dapat mencapai beliau dapati beliau betul-betul sudah hampir melanggar sebuah Daihatsu Charade berwarna merah yang memandu perlahan di laluan sebelah kiri lebuhraya itu. Beliau terus mengelak kereta beliau daripada melanggar kereta yang tidak berdosa itu dan terus merempuh penghadang jalan.

Nasib baik, beliau tidak melanggar Daihatsu merah itu. Akan tetapi, beliau tetap juga menerima sedikit malang kerana keretanya agak teruk kemek di bahagian pintu kiri akibat rempuhan tadi. Selepas selesai beliau memeriksa kerosakan keretanya, beliau melihat mesej yang masuk dalam telefon bimbitnya tadi….

“ Baki kredit anda tidak mencukupi untuk membuat panggilan.
Sila tambah nilai kredit anda di mana-mana cawangan atau wakil pengedar yang sah”

moral: Patuhilah had kelajuan di jalanraya. Ketepikan emosi semasa memandu. =)