#featured-post a{color:#fff} #featured-post ul{list-style:none;padding:0} #featured-post ul li{padding:2px 0 0 2px;float:left;clear:none;width:183px} #featured-post .item-content{background:transparent} #featured-post .item-thumbnail{background:transparent} #featured-post .item-content img{width:183px;height:183px} #featured-post .item-title{line-height:1.3em;font-size:90%;min-height:50px;max-height:50px;;opacity:0.75;background:#000;margin:-63px 0 1px;padding:5px;color:#fff;overflow:hidden} #featured-post ul li:first-child{height:250px!important;width:250px!important;padding:2px 0 0!important} #featured-post ul li:first-child img{height:250px!important;width:250px!important} #featured-post ul li:first-child + li + li + li{width:368px!important;height:64px!important;overflow:hidden} #featured-post ul li:first-child + li + li + li img{width:368px!important;height:368px!important} #featured-post ul li:first-child + li + li + li div.item-title{margin:-373px 0 5px;padding-right:60px;min-height:56px;max-height:56px;opacity:0.90;background: #000 url('https://lh6.googleusercontent.com/-XE052qluJF4/T5WdnWYnAmI/AAAAAAAAJTg/yzMM76rYjkI/s48/Arrow%2520Right.png') 305px 7px no-repeat!important} #featured-post ul li:first-child + li + li + li div.item-title a{font-size:16px;line-height:1.2em}

Sunday, December 19, 2010

Kisah Wira dan Lelaki Berserban Putih

"Prannggg!!", botol Heineken berkecai di lantai sebuah disko yang agak terkenal di selatan ibukota. Musik techno dan suara penghuni-penghuni rumah yang pekat berbau arak itu terus berkumandang dengan kuat sehingga gemanya dapat didengari oleh pelanggan-pelanggan restoren yang terletak tidak jauh dari tempat itu. Wira yang dari tadi asyik terkinja-kinja bersama seorang wanita yang beliau sendiri tidak kenali terkejut apabila bunyi botol yang pecah itu diiringi dengan tarikan badan beliau ke belakang beserta se-das penumbuk yang hinggap tepat di mata sebelah kanannya. Wira terjatuh.

"Woi, Mat! Yang ko kaco awek aku kenapa? Ko memang carik pasal weh!", marah seorang pemuda yang berang kerana wanita yang Wira enak berfoya itu merupakan teman wanitanya.Dan lebih malang lagi, pemuda tersebut merupakan salah seorang "abang" dalam sebuah kumpulan samseng.

Wira hanya mampu mendiamkan diri dan cuba sedaya upaya melihat wajah lelaki tersebut dalam keadaan mabuk.

"Weh.. rileks la bro... We just wanna have some fun.. Thats all"

"Rileks kepala hotak ko!", kini perut Wira pula menjadi mangsa sepakan marah pemuda tersebut.Wira bernasib baik kerana nyawanya masih lagi belum melayang atas ihsan yang tak seberapa daripada pemuda itu. Kalau nak diikutkan dengan salah yang telah dilakukannya, di tempat lain, beliau kini mungkin sedang menderita dengan kelaran pisau di badan.

Sejurus selepas itu, pemuda tersebut membawa teman wanitanya pergi dan bouncer seramai 4 orang terus mendapat kan Wira. Mereka mengangkat badan Wira yang rata-rata seberat 78kg serta berbau alkohol yang kuat, terus menuju ke pintu utama. Bouncer-bouncer yang berbadan tegap itu pun terus mencampak Wira keluar dari disko tersebut.

"Ptuihh! Lu ha... kalo lu nak buat pasal, lu buat tempat lain lorh.. Wa nampak muka lu lagi di sini ha, wa kasi hantam lu lg teruk! Blah!!"

Wira cuba mengangkat badan nya sendiri. "Hik..hik", sedu beliau menandakan air kencing syaitan telah mula mengeluarkan gas dari dalam perutnya.

Beliau cuba berjalan dengan langkah yang amat buruk. Bahkan lebih teruk daripada budak kecil yang baru belajar berjalan. Ibarat beliau bertatih dari satu langkah ke satu langkah yang lain. Sedu bersilih ganti bersama langkah-langkah itu. Lemah dan longlai.

"Brooom!! Shhhhhhh....", kini Wira lenjun dengan hujan lebat yang tiba-tiba turun tanpa sebarang petanda. Atau barangkali inilah mulanya jalan cerita kepada sesuatu yang amat bernilai bagi beliau.

"Damn shit... hujan plak dah... Babi la kereta jauh...", sumpah Wira terhadap dirinya sendiri. Atau, beliau sendiri tidak tahu dan sedar bahawa caci sumpah seranah yang beliau lemparkan itu adalah kepada Tuhan dan dirinya sendiri.

Dalam kebasahan, beliau mencari-cari tempat yang boleh beliau jadikan tempat berteduh. Setelah dua tiga kali pusing, akhirnya beliau ternampak sebuah pondok hentian bas yang kosong. Beliau cuba ke sana secepat mungkin. Selang 46 saat, akhirnya beliau sampai dan terus bersandar di sana.

"Brroooommm!!", guruh pada malam itu terasa amat lain sekali. Nyaring dan panjang. Seolah-olah memanggil sesuatu. Wira memandang ke langit yang gelap itu. Pandangannya kosong. Pelbagai masalah yang beliau tanggung berada di benak fikirannya. "Damnn...", Wira tertunduk sambil memapah mukanya.

"Assalamualaikum wahai pemuda.", sapa seorang tua yang berserban putih yang langsung tidak disedari kehadirannya.

"....................", Wira tidak menjawab. Alkohol membutakan akalnya sedikit pada ketika itu.

Wira menatap dari atas hingga ke bawah lelaki itu. Dari segi kedutan pada wajah orang tua itu, boleh dikatakan bahawa beliau agak berusia. Awal 70an barangkali. Bersih... Wangi...Badannya kering... seolah-olah beliau tidak terkena langsung hujan sebelum sampai di hentian bas tersebut.

"Anak ni ada masalah ke?", orang tua itu memulakan bicara.

"Jangan kacau urusan orang lain la..", sombong Wira.

Orang tua tadi cuma tersenyum. Seuikr senyuman menguntum di bibirnya. Agaknya beliau berasa lucu melihat lagak dan gaya seorang pemuda yang penuh masalah dan bereego tinggi itu. Biasalah, orang muda. Berdarah panas. Tapi lemah...

"Pakcik pun pernah lalui zaman macam kau, nak. Manalah tahu andai pakcik boleh tolong.", pancing pak cik tersebut.

Wira menghela nafas yang panjang. Mukanya berkerut. Beliau agak rimas dengan pakcik tersebut. Diamati wajah orang tua itu. Renungannya tajam. Ibarat harimau yang melihat mangsa dari jauh sebelum ingin menerkamnya.

"Pakcik.... sudah takde aper yang boleh di selamatkan lagi! Semuanya dah terlambat!!", marah Wira dalam keadaan separa mabuk. Beliau memaling mukanya ke arah jalan raya dan meludah. "Hidup aku cukup memeritkan. Dah pelbagai usaha aku korbankan dan kini? tapi akhirnya semuanya sia-sia! Dan kau pulak datang dari entah mana, nak selesaikan masalah aku? Hahaha.. kau anak mana-mana Dato' ker?"

Keadaan bertukar menjadi semakin menarik. Pakcik itu memandang Wira dengan penuh tenang, masih lagi mengukirkan senyuman pada pemuda itu. Murah... tidak perlu keluarkan satu sen pun untuk sedekah. Beliau kemudiannya duduk menghadap Wira.

Wira jelas dipengaruhi alkohol. Walaupun masih sedar, tapi keadaan inilah membuatkan seseorang itu senang saja meluahkan segalanya yang ada di dalam hati. Muka dan matanya merah. Mulutnya berbau hapak. Lagaknya seperti seorang yang telah menelan beberapa pil tidur tapi tidak mahu-mahu melelapkan mata.Tiba-tiba air mata Wira mengalir. Dia menangis. Apabila hati dibebani masalah yang berat, dan hanya dapat dipendamkan, pasti mata menanggung sakitnya jua.

"Dulu aku punya seseorang. Dia cantik sangat-sangat. Aku cintainya sepenuh hatiku. Hanya dia yang aku ada. Sob.. Sob.. Sob.. Auranya masihku terasa.  Wajah ayunya masih bermain di dalam fikiranku.", Wira mula teresak.

"Apa yang telah terjadi?", soal pakcik tadi.

"Aku terlalu cintakan dia.. aku percayakan dia.. telah aku korbankan segalanya.. kerana aku menginginkan diri dia. Aku ikhlas dalam hubungan tu.. hik hik... Percayalah.. aku dah buat yang terbaik... isk isk.. apa salah aku?", tangis Wira.

Pakcik tadi masih lagi duduk di sebelahnya sambil memimik muka selamba. Wira mengesat mata dan hidungnya. Dia betul-betul menangis ibarat budak remaja yang baru putus cinta. Beliau melihat persekitaran yang masih dituruni hujan lebat. Setelah beberapa hela nafas diambil, beliau menyambung.

"Tak pernah aku berkira dengan dia. Aku turut segala kemahuannya. Tak kira apa jua. Tapi kenapa dia curangiku? Apa salah ku? Apa yang tak cukup lagi untuknya? Aku berniat ikhlas padanya. Kenapa ini yang terjadi? Kenapa aku tak dapat apa yang aku mahukan? Isk.. Isk.. Isk.. tak ada apa lagi yang aku pinta... Aku cuma mahukan kebahagiaan".

Lelaki berserban putih itu memandang Wira. Jelas redup matanya dan masih menguntum senyuman kecil kepada Wira. Selang beberapa hela nafas, beliau memulakan bicaranya.

"Nak, setelah mendengari apa yang kau ceritakan ni, pak cik boleh nampak segalanya."

Wira tergamam.

"Percaya tak bahawa kita hidup di bumi Allah ni hanyalah bersifat ilusi? Apa yang kita lihat di dunia ni hanya sekadar permainan. Ibarat mimpi yang menunggu masa saja untuk kita dikejutkan. Dan cara kita dikejutkan berbeza. Ada yang dikejut cara perlahan dan ada yang dikejutkan secara tiba-tiba. Ikut bahagian masing-masing.

Wira tertunduk.

"Manusia. Insan. Erti insan itu pun sendiri bermaksud "pelupa". Tiada makna yang lebih jelas daripada maksud itu sendiri. Wira, manusia tak pernah puas dengan apa yang mereka dapat. Tak pernah puas dengan apa mereka kejari. Kita tak pernah puas. Dan masing-masing pun ingin mengejar segala nikmat dunia tanpa mereka sedari bahawa nikmat di akhirat yang lebih bermakna dan lebih bernilai daripada segalanya. Kau sepatutnya bersyukur daripada merasa sedih dan terus menyeksakan diri kau sendiri."

Wira memandang wajah orang tua itu dengan mata yang sembam.

"Kau bertuah kerana wanita itu telah menunjukkan kau wajah sebenar dia sebelum kamu mengambil langkah yang lebih jauh. Sudah jelas lagi nyata, dia hanya mengejari harta kau, kesenangan kau, pangkat kau. Itu sahaja yang dia nampak pada kau. Dia membutakan dirinya daripada melihat siapa kau di dalam diri kau sendiri. Kualiti kau, sifat baik kau, kesetiaan kau dan segalanya. Wanita-wanita begitu hanya akan mengikis segala yang kau usahakan dan tinggalkan kau bila dia rasa kau tidak berguna lagi. Wanita begitu kah yang kau ingin kejari? Yang ingin kau kongsi dan bersama dalam hidup kau sehingga akhir hayat?"

Wira tertunduk kembali. Senyap dan menangis perlahan-lahan.



"Fikirlah Wira. Pak cik dapat rasa dalam hati kau itu. Sangat-sangat ikhlas. Tapi berbaloikah dengan apa kau lakukan sekarang? Kau minum arak sehingga mabuk, lakukan dosa-dosa lain dan seksa diri sendiri padahal wanita yang kau masih sayang itu terus gembira dengan dunianya sendiri. Berbaloikah? Fikir-fikir lah Wira. Kau berhak untuk mendapat yang terbaik dalam hidup kau. Kau berhak kecapi sesuatu yang setaraf, yang lebih berbaloi dengan apa kau usahakan. Jangan letak dunia kau pada seorang wanita. Letaklah dunia kau pada Allah. Sesungguhnya, dunia akan mati tapi Dia, tidak. Dia lah yang akan sentiasa bersama kita tak kira apa jua kita lakukan dan di mana sahaja kita berada."

Wira terus menangis. Menangis dan menangis. Sejurus selepas itu, petir mula menyambar di langit. Guruh berdentum kuat. "Booom!! Boom!!" Wira tersentak. Dia segera menoleh untuk memandang pakcik berserban putih tadi. Tetapi beliau sudah tiada lagi. Hilang entah ke mana. Ibarat terkena renjatan elektrik, Wira tersentak. Beliau terkejut. Perasaannya bercampur baur. Pelik bercampur seram.

Manakan tidak, tempat yang beliau berteduh tadi bukanlah perhentian bas yang beliau singgah tadi. Ia cuma pondok pengawal keselamatan yang usang, gelap seperti sudah ditinggalkan bertahun lamanya. Di langit amat-amat cantik. Tiada langsung petir. Tiada hujan jua. Malah disekitarnya serta jasad beliau sendiri kering tidak seperti mana terkena hujan tadi. Wira kaget. Terduduk beliau. Air mata berderu kencang di pipi.

Tidak lama kemudian, azan Subuh pun berkumandang.

Hari ini adalah hari yang berbeza bagi Wira. Sinar baru akan ditempuhinya.



"Hidup kita sekali sahaja."