#featured-post a{color:#fff} #featured-post ul{list-style:none;padding:0} #featured-post ul li{padding:2px 0 0 2px;float:left;clear:none;width:183px} #featured-post .item-content{background:transparent} #featured-post .item-thumbnail{background:transparent} #featured-post .item-content img{width:183px;height:183px} #featured-post .item-title{line-height:1.3em;font-size:90%;min-height:50px;max-height:50px;;opacity:0.75;background:#000;margin:-63px 0 1px;padding:5px;color:#fff;overflow:hidden} #featured-post ul li:first-child{height:250px!important;width:250px!important;padding:2px 0 0!important} #featured-post ul li:first-child img{height:250px!important;width:250px!important} #featured-post ul li:first-child + li + li + li{width:368px!important;height:64px!important;overflow:hidden} #featured-post ul li:first-child + li + li + li img{width:368px!important;height:368px!important} #featured-post ul li:first-child + li + li + li div.item-title{margin:-373px 0 5px;padding-right:60px;min-height:56px;max-height:56px;opacity:0.90;background: #000 url('https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjTzqNxyTc4ovj2qq6WW5KUh3V7I5KHukHsF3MXDMEGzjh2-L35znF_8GEvQv8ekQ9E7eKEjyx268_khWJrda8EPkf7HUKiILQyCd3H5u9CfZA_aFYNkLU7eViKvFgPXB6EwQi8_xPbJkM/s48/Arrow%2520Right.png') 305px 7px no-repeat!important} #featured-post ul li:first-child + li + li + li div.item-title a{font-size:16px;line-height:1.2em}

Monday, May 11, 2009

.:: Hikayat Anggun dan 4 orang pemburu ::.

Pada suatu hari yang terik, seorang pemuda bernama Munajat, anak kepada salah seorang pembesar negeri Pokok Sendayan keluar memburu bersama beberapa orang pengikutnya. Tiga orang pengikutnya yang menaiki kuda dibawa bersama keluar dari awal pagi hingga ke tengahari bagi membantu beliau mengisi masa lapang yang terluang. Setakat ini, baru seekor rusa yang berjaya di panah. Oleh kerana tidak berpuas hati dengan buruan yang didapati, beliau mengambil keputusan untuk melanjutkan aktiviti memburu itu hingga ke kampung seberang. Tibalah mereka berempat di depan sebuah rumah usang yang terletak nun jauh dipinggir hutan tersebut.

Munajat yang keletihan, mengajak para pengikut untuk berehat sebentar. Disebabkan oleh bekalan makanan dan minuman mereka kehabisan, Munajat mengambil keputusan untuk menyapa tuan punya rumah usang itu untuk meminta sedikit air.

“Wahai tuan rumah, patik bernama Munajat anak Tuan Syahbandar Negeri Pokok Sendayan, datang dengan aman untuk meminta sedikit ihsan darimu.”, sapa Munajat di perkarangan pintu rumah tersebut.

Panggilan pertama itu dibalas dengan bunyi bisu dari dalam rumah itu. Keadaan rumah itu kelihatan sungguh kotor dan barangkali didiami oleh orang yang miskin bertaraf bawahan. Munajat dan pengikutnya saling berpandangan. Pengikut kanan beliau member isyarat supaya beliau cuba memanggil kali kedua.

“Wahai tuan rumah, patik bernama Munajat anak Tuan Syahbandar Negeri Pokok Sendayan, datang dengan aman untuk meminta sedikit ihsan darimu.”, Munajat menyapa sekali lagi.

“Tunggu sebentar wahai tuan hamba. Patik datang dengan segera.”, balas tuan punya rumah itu dari dalam.

Sejurus selepas itu, terbukalah pintu rumah tersebut di depan Munajat serta para pengikutnya. Keluar seorang gadis jelita berpakaian compang-camping berambut lurus serta lesung pipit di pipinya.

“Maafkan patik, Tuan Munajat. Patik tidak mendengar suara tuan kerana sibuk memasak makanan tengahari”.

“Tidak mengapa wahai cik adik. Patik faham.”, balas Munajat dengan senyuman dan mata yang melihat gadis itu dari atas ke bawah. Hatinya tertarik pada gadis itu.

“Patik meminta izin ke dapur wahai tuan sekalian. Akan patik datang semula bersama makanan serta minuman untuk kalian.”, dengan lemah lembut si gadis itu meminta diri.

“Baik tuan hamba. Kami tunggu di sini”, Munajat membalas kesopanan gadis tersebut dengan suara yang lembut.

Beberapa ketika kemudian, datanglah gadis itu bersama makanan dan minuman untuk keempat-empat pemburu itu.

Sambil menikmati juadah ringkas itu, Munajat bersuara, “Saudari, siapakah gerangan saudari ini? Andai saudari tidak keberatan menjawab soalan hamba.”

“Nama hamba Anggun. Hamba tinggal sebatang kara di sini.”

“Oh.. Jadi, di manakah ahli keluarga saudari yang lain?”

“Tuan Munajat, hamba datang di sini atas sebab menyelamatkan diri hamba daripada musuh yang menceroboh kampung hamba dahulu kala. Kesemua ahli keluarga hamba telah mati dibunuh oleh penceroboh-penceroboh itu.”, jelas Anggun dengan air mata bergenang di matanya.

Munajat menundukkan kepalanya. Barangkali sama-sama sebak dengan kisah diceritakan oleh Anggun. Beliau memandang kepada ketiga-tiga pengikut yang tadi duduk di bawah pohon kelapa menikmati minuman. Kesemuanya kelihatan sedang tidur yang mungkin disebabkan keletihan yang dihadapi mereka. Anggun yang turut memandang mereka tersenyum, barangkali kelihatan lucu dimatanya. Ini adalah peluang Munajat untuk mengambil sedikit masa lagi mengenali Anggun.

Munajat memandang tepat di mata Anggun yang semakin reda dengan air mata. Seraya itu, beliau bersuara,” Saudari, bolehkah seandainya hamba bertanya tentang latar belakang keluarga saudari?”

“Arwah bapa hamba adalah seorang peladang di kampung hamba dahulu. Ibu hamba membantunya setiap hari di ladang kami. Hamba adalah anak tunggal mereka.”

Melihat Munajat bagai ingin cerita yang lebih lanjut, Anggun pun menyambung.

“Kami tinggal di sebuah rumah yang lebih selesa daripada ini. Bapa hamba adalah seorang yang penyayang. Dia sentiasa dahulukan keluarga daripada apa-apa sekali pun. Namun, semua itu hilang dalam sekelip mata saja.”, Anggun mengesat matanya yang kembali digenangi air mata.

“Ceritakan lah apa yang berlaku wahai saudari. Hamba sedia mendengarnya apa yang menjadi titik hitam hidupmu itu.,” soal Munajat pada Anggun sambil mengurut-urut kepala nya yang pening barangkali akibat cuaca yang panas itu.

Anggun terdiam sebentar. Mencari bait-bait yang sesuai untuk memulakan cerita. Sesekali beliau melihat muka Munajat yang bercampur baur dengan sakit kepala dan kesungguhan mendengar cerita beliau. Selang dua tiga hela nafas dalam diambil Anggun, beliau mulakan bicara kembali.

“Pada suatu malam, kami sekeluarga sedang asyik menikmati makan malam hasil ladang keluarga kami sendiri. Tiba-tiba, seluruh kampung menjadi kecoh dan huru-hara akibat penceroboh-penceroboh yang datang dengan niat menzalimi. Rumah kami tidak terkecuali daripada serangan mereka. Mereka pecahkan pintu rumah kami dan mengikat kedua orang tua hamba. Barangkali hamba baru berumur 16 tahun ketika itu. hamba cuba melarikan diri tetapi tidak berjaya. Mereka tangkas menangkap hamba daripada mengikut pintu belakang.”

Tiba-tiba Anggun terus menangis dan tidak sanggup untuk meneruskan kisah hitamnya itu. Dengan kedua-dua belah tangannya, beliau menerkup muka manisnya itu. Munajat hanya dapat berdiam saja melihat Anggun begitu.

“Saudari tidak perlu teruskan andai ia benar-benar melukakan hati saudari.”, pujuk Munajat.

“Tidak. Hamba akan terus cerita. Barangkali, ini adalah buat penghabisan kalinya hamba ceritakan kisah ini pada sesiapa pun. “, jelas Anggun pada Munajat.

Dengan wajah yang hairan, Munajat bersedia mendengar kisah Anggun kembali. Sambil memandang tepat ke mata Munajat, Anggun bersuara.

“Setelah mereka semua mengikat ibu dan bapa hamba, mereka mula bersifat lebih kebinatangan. Mereka…. urm… mereka… mereka merogolku bergilir-gilir di depan ibu bapa hamba sendiri. Hamba masih teringat bagaimana tangisan ibu hamba melihat anak daranya diratah bagaikan semalam ia terjadi.”

Munajat mengelengkan kepalanya dengan mata yang terbeliak mendengar pengakuan Anggun tadi.

“Iya tuan hamba, mereka perlakukan hamba begitu. Setelah selesai, mereka bunuh kedua-dua orang tua hamba di depan hamba sendiri. Hamba bagaikan ingin pengsan melihat keadaan ngeri orang tua hamba tetapi, syukur hamba masih lagi kuat untuk berdiri. Hamba cepat-cepat melarikan diri hamba. Syukur juga mereka semua tidak menyedari kehilangan hamba kerana ralit dengan membunuh orang tua hamba.”

Munajat memegang kepalanya yang dari tadi pening. Ditambah lagi dengan kisah hitam Anggun, beliau tersandar di atas batu tangga rumah usang Anggun. Melihat Munajat yang masih lagi tekun mendengar, Anggun pun menyambung,

“Hamba masih ingat siapa yang ceroboh rumah hamba dan membunuh orang tua hamba.
Hamba telah bersumpah atas kubur ibu hamba yang hamba akan membalas dendam untuknya.”
Dengan suara yang mengigil akibat menahan sakit kepala, Munajat bersuara,
“Siapakah orangnya yang membuat segala onak ini wahai saudari? Ingin saja hamba cari dan membunuhnya bagi pihak saudari. Hamba tidak boleh tahan dengan cerita saudari ini. Hati hamba rasa sakit dan berkecai!! Kezaliman harus dihapuskan!!”

“Tidak perlu tuan hamba. Biar hamba sendiri yang tanggung semua ini. Hamba punyai cara hamba sendiri.”, jelas Anggun pada Munajat.

Munajat terdiam sebentar melihat air muka Anggun yang penuh dengan dendam dan rasa benci yang mendalam. Pertama kalinya buat Munajat melihat kesungguhan dalam wajah seseorang.

“Saudari, andai tidak izinkan hamba membunuh keparat-keparat yang menzalimi saudari dahulu, bolehkah seandainya hamba tahu siapa gerangan orangnya supaya dapat hamba cari dan berikan mereka pada saudari. Anggaplah ia sebagai tanda terima kasih hamba kepada saudari atas ihsan yang saudari berikan kepada kami”, tawar Munajat kepada Anggun.

“Haha.. baiklah. Hamba rasa tuan hamba kenal benar dengan orangnya.”

“Huh, siapa?”

“Bapa tuan hamba sendiri sebenarnya. Masa itu kerajaan negeri ini sedang meluaskan jajahan mereka di bumi ini. Sebab itu mereka melupuskan semua penduduk asal negeri ini wahai tuan hamba.”

“….!!!”

“Ya, sebagai membalas dendam, hamba terpaksa membunuhmu wahai Tuan Munajat! Biar bapa tuan hamba tahu bagaimana rasanya kehilangan seseorang yang disayanginya”, jelas Anggun dengan selamba kepada Munajat yang mukanya sudah pucat bagaikan mayat.

“Celaka kau… Akan kubunuu….”, kata terakhir Munajat sebelum rebah di tanah. Badannya mengeletek-geletek sambil buih penuh bersarang dimulutnya.Barangkali, racun yang disediakan Anggun sudah mula bertindak dalam badan Munajat. Tiga lagi pengikut Munajat tadi sebenarnya telah lama mati di bawah pohon kelapa yang diduduki mereka.
Anggun tersenyum sinis melihat keempat-empat jasad yang tidak bernyawa di depan rumahnya. Seraya itu, beliau mendongak ke langit seolah-olah ingin memberitahu sesuatu.

“Bonda, ayahanda… Rancangan pertama anakanda telah berjaya. Sekarang mula untuk rancangan kedua pula. Anakanda ingin menepati sumpah anakanda pada ibunda dan ayahanda untuk membela kematian kalian!! Semoga kita dapat ketemu lagi nanti”, ujar Anggun dengan senyuman di bibirnya dan air mata yang jatuh di pipinya.

Wednesday, April 29, 2009

.:: Sia - sia ::.

Hasil karya : kUfaZuke

Broooooommm!!…. Satu kereta Proton Iswara berwarna putih laju menyusuri Lebuhraya KL – Seremban pada satu petang yg terik. Muka Adam, seorang juruteknik sebuah syarikat kecil seakan kusut dan pilu. Beliau dalam perjalanan pulang dari kenduri perkahwinan abang sulungnya di Melaka ke rumahnya yang terletak di Bangi. Tiba-tiba alat komunikasi mobilnya berbunyi manandakan terdapat khidmat pesanan ringkas masuk.

Naper abang tak tepon ayang smlm? Ayang tertunggu2 tau

Mesej itu tak lain tak bukan daripada teman wanita beliau, Irene. Seorang gadis cantik yang beliau kenali sejak beliau mengambil Diploma di sebuah universiti tempatan. Hatinya seakan geram melihat mesej tersebut. Fikirannya memutarkan semua berita-berita buruk yang beliau terima mengenai teman wanitanya itu. “Ring!! Ring!!”… Kali ini alat komunikasinya berbunyi menandakan seseorang sedang menelefon beliau.

“Hello.. Abang, naper tak reply mesej ayang?”

Nak reply aper?? Abang malas…. Tak tau nak balas aper…

“Naper abang ckp camtu?!! Abang tak sayangkan ayang lagi
ker? Kalau tak.. cakap je la!! Ingat abang bagus sangat?!!”

“Tut Tut Tut…”, Irene meletak telefonnya membuatkan Adam semakin tertekan.

Ego kelakiannya disampah-sarapkan oleh teman wanita yang suatu ketika dahulu amat dimanjainya. Kereta Iswara putih itu dipecutnya lebih laju daripada had kelajuan yang ditetapkan. Hatinya perit. Manakan mungkin seorang yang berego tinggi seperti beliau dikalahkan oleh seorang gadis kecil molek yang berasal daripada Kedah ini. Beliau mengambil telefon bimbitnya dan mendail nombor Irene.

Hello… Naper ayang tiba-tiba letak tepon? Ayang ingat hati
ayang sorang je sakit?!!

Abes tu… naper abang tak call ayang semalam? Ayang tggu abg
macam org bodoh je!!

Wei sayang!! Abang dah call ayang tau… Apsal Hasan lak
angkat?!!

…….. “, Irene terperangkap.

Dia cakap kat abang… Ayang tgh beli popcorn maser tu… Abang
tanya korang kt maner… Dia jwb kat wayang..

Hasan kawan je la bang… Bukannyer aper pun…

Ah!! Berjaya abang nak percaya… ayang ingat abang xde kawan ker yg nampak ayang kt saner cmner?… Kalau ayang nak bukti, kawan abang siap hantar MMS kt abang gambar ayang ngan Hasan kt saner!!

…….

Ha!! Naper diam?? Naper tak bersuara?! Ohh… bukan main siap pegang tangan Hasan kat saner..
siap lentok2 kepala lagi…

…….

Ayang tau tak? Dalam byk2 perempuan yang abang kenal…
ayang la paling teruk!! Paling tak berterima kasih… Tak pandai nak menghargai
kesetiaan orang!! Bodoh!! Tolol!! Jalang!! Isk.. ayang la orang paling……..

“ Tut! Tut! Tut!”, sebelum sempat Adam menghabiskan sumpah seranah serta maki hamunnya pada gadis itu, talian terputus.

Kemungkinan Irene tidak lagi sanggup mendengar orang yg di’memperdua’kan ini mengeluarkan kata-kata kesat padanya. Hati Adam belum lagi puas tetapi sedikit lega daripada sebelum ini. Barangkali kerana sedikit amarahnya dipuaskan. Walaupun begitu, Adam tetap juga merasa kasihan pada gadis itu. Mungkin dalam hatinya masih ada rasa sayang pada Irene.

Adam meletak telefon bimbitnya di atas dashboard keretanya itu… Dia mula menaikkan kelajuan keretanya sedikit lagi dengan harapan tekanan di dalam benak otaknya akan lega. “Tiit!! Tiit!!”, telefon bimbitnya berbunyi menandakan telefonnya itu terdapat khidmat pesanan ringkas yang baru… sekali lagi. Telefon itu terjatuh ke bawah kerusi disebabkan oleh getaran yang dihasilkan oleh telefon itu apabila sesuatu mesej elektronik masuk.

Adam memandang telefon itu. Dalam hatinya berbisik kemungkinan teman wanitanya itu ingin memohon maaf padanya. Atas nama cinta, beliau tunduk untuk mengambil telefon itu. Sejurus dapat mencapai beliau dapati beliau betul-betul sudah hampir melanggar sebuah Daihatsu Charade berwarna merah yang memandu perlahan di laluan sebelah kiri lebuhraya itu. Beliau terus mengelak kereta beliau daripada melanggar kereta yang tidak berdosa itu dan terus merempuh penghadang jalan.

Nasib baik, beliau tidak melanggar Daihatsu merah itu. Akan tetapi, beliau tetap juga menerima sedikit malang kerana keretanya agak teruk kemek di bahagian pintu kiri akibat rempuhan tadi. Selepas selesai beliau memeriksa kerosakan keretanya, beliau melihat mesej yang masuk dalam telefon bimbitnya tadi….

“ Baki kredit anda tidak mencukupi untuk membuat panggilan.
Sila tambah nilai kredit anda di mana-mana cawangan atau wakil pengedar yang sah”

moral: Patuhilah had kelajuan di jalanraya. Ketepikan emosi semasa memandu. =)



Monday, April 27, 2009

.:: Cinta ke Hujung Hayat ::.

Dada langit sungguh indah petang itu. Burung beterbangan menandakan betapa riangnya petang yang sedia suam dan redup itu. Nun jauh di sana, sebuah kapal terbang British Airways yang berada 10km dari aras laut, membawa 80 penumpang dari Malaysia ke Scotland. Dari segi rupa, barangkali sudah 6 jam kapal terbang itu berada di atas langit menuju ke destinasi yang ditetapkan.

"Good evening ladies and gentlemen, this is Captain Drew Greening. What a wonderful evening this is. I hope you enjoy the beautiful scenery outside the window as with the journey that we've having. You can take off your seat belt and have a ready to be served with our finest dishes just for you from British Airways. Thank you.", suara juruterbang melalui pembesar suara jelas kedengaran kepada kesemua penumpang.

Seraya itu, para penumpang mula membuka tali keselamatan serta menanti para pramugari meronda dari satu kawasan ke satu kawasan untuk mengagihkan juadah petang. Kali ini, para penumpang akan disajikan dengan ikan salmon dan juga jus oren. Suatu yang agak lazim bagi pakej penerbangan 'bussiness class'.


Daniel dan Maya, yang duduk di barisan tengah juga tidak ketinggalan untuk bersiap sedia menanti makanan sampai pada mereka. Mereka yang baru saja 3 minggu mendirikan rumah tangga mengambil cuti seminggu semata-mata ingin berbulan madu seperti yang dirancangkan sebelum berkahwin. Cahaya terserlah di mata mereka berdua memikirkan betapa indahnya bulan madu yang akan mereka nimati bersama-sama nanti.

"
Bang, Aya tak sabar nak sampai bang.", sapa Maya pada suami tercintanya.

"
Haha, sabar sayang. Abg tau ni kali pertama sayang keluar negara kan?", balas Daniel sambil mengusap kepala isterinya.

"
Kejap lagi sampai la tu. Kita kat atas langit orang putih dah ni", gurau Daniel.

Maya memandang suaminya dan berkata, "
Aya nak kita berdua rasa perasaan ini selamanya bang, seperti perasaan yang kita nikmati sekarang ni. Kalau boleh, Aya nak kita berdua terus tinggal je kat Scotland ni. Ok tak?".

Daniel memaling kepalanya mengadap tingkap. Matanya mula mengecil. Beliau memandang jauh ke arah lautan biru di luar sana sambil membelai pipi Maya.
Beberapa ketika kemudian, beliau bersuara. "Sayang, kalau abg mampu, abg ingin bawa saja sayang tinggal di Scotland ni selamanya. Kita tinggalkan saja segala tekanan di Kuala Lumpur. Tapi, abg tak boleh berikan apa yang sayang nak masa ni. Abg belum mampu lagi. Buat masa ni, kita nikmati dulu bulan madu kita, ok?".

Maya menganggukkan kepalanya tanda setuju. Baginya, kalau baik keputusan suaminya itu, maka baiklah juga keputusan itu padanya. Mahunya tidak, Daniel lah satu-satunya lelaki yang beliau boleh harapkan dan bergantung bahu bila diperlukan. Dan mengahwini Daniel merupakan satu impian yang telah tercapai bagi dirinya.

"Dah, dah. Kita jamah ikan salmon ni dulu. Abg pun dah lapar ni. Maya makan juga ye?", ajak Daniel supaya Maya makan bersamanya. Maya tersenyum sambil menyandarkan kepalanya dibahu Daniel menanti suaminya menyuapkannya.


"TIT TIT TIT TIT!!", tiba-tiba siren kawasan penumpang kapal terbang berbunyi diiringi gegaran laksana gempar bumi berlaku di atas udara itu. Seterusnya beberapa letupan kedengaran di sayap kapal terbang itu kedengaran dengan kuatnya. Lantas suasana aman tadi bertukar menjadi huru-hara dengan jeritan para penumpang yang panik.

"
May Day! May Day! This is British Airways 715. We got problems with our engines!! Permissioning to clear air 75, 35 now. Do you copy?!", cemas juruterbang memanggil menara kawalan lapangan terbang apabila secara tiba-tiba 3 buah enjin kapa terbang itu terbakar. Berkemungkinan akibat daripada kebocoran minyak yang dinyalakan oleh geseran piston pada enjin tersebut.


"
Please for God sake, does anyone copy?! We need to clear the air for us to land!", panggilan kedua juruterbang tersebut kepada menara kawalan lapangan terbang Scotland setelah panggilan pertama tidak dijawab.

"
Oh, shit. It could've be our radio screwed because of short circuit!", bisik hati juruterbang tersebut.

"Dave, help me out here. Dave!! What the....", terkejut kapten itu apabila co-pilot yang ditugaskan untuk membantu beliau kelihatan terkulai dikerusi sebelah dengan kepala beliau tampak pecah serta berlumuran darah. Barangkali akibat hentakan kuat di kepala ke dinding kokpit itu akibat daripada letupan serta gegaran yang kuat tadi.

Di kawasan penumpang, keadaan menjadi semakin huru-hara. Jerit pekik penumpang yang panik diselang seli dengan desingan yang kuat akibat momentum kejatuhan altitude kapal terbang tersebut membingitkan telinga. Daniel dan Maya saling berpelukan dengan perasaan takut yang amat sangat. Dalam saat yang genting itu, mereka berdua sempat memandang tepat ke arah mata satu sama lain. Walaupun situasi amat kucar-kacir, bagi mereka, disaat mereka saling berpandangan, semuanya bagaikan perlahan. Setiap cebisan kaca, kertas, plastik mahupun air yang berterbangan dapat dilihat jelas setiap satunya. Penumpang-penumpang yang tidak sempat memakai tali keselamatan kelihatan terpelanting sana sini dengan gerakan yang perlahan. Seolah-olah mereka berada di dunia mereka sendiri.


"Sayang.. Sebelum terlambat, abg ingin meminta maaf kerana tidak dapat lunaskan apa yang kita rancangkan sebelum ini", bisik Daniel di telinga Maya.


"Tidak mengapa bang, untuk bersama dengan abg disisi sudah cukup bagi Aya, bang. Aya bahagia apabila bersama dengan abang", balas Maya. Air mata berlinangan di kedua-dua mata mereka.

"Abang nak sayang tahu. Dalam hidup ni, abg tak pernah dapat sesuatu yang abang idamkan. Sayanglah satu-satunya 'hadiah' yang tak ternilai dikurniakan kepada abang. Abang bersyukur sangat sebab abang memiliki sayang", ujar Daniel sambil mengeratkan lagi pelukannya terhadap isterinya itu.


"Aya pun sama bang. Sejak Aya pandang abg kali pertama, abg telah mencuri hati Aya. Sejak dari hari itu, Aya pendamkan dalam hati Aya untuk bersama dengan abg. Tuhan sengaja tidak memakbulkan doa-doa Aya yang lain kerana Dia ingin memberikan abg kepada Aya. Dan Aya bersyukur sangat, bang", semakin berderu airmata Maya berjujuran jatuh ke bahu Daniel.

"Sayang, abg cinta pada sayang. Setulus hati abg sayang. Andai ini kali terakhir abg akan mendengarnya, boleh tak sayang ucapkan pada abg?",minta Daniel pada Maya yang semakin teresak dibahunya.

"Abg.... Aya cint....."


Bumi Glasgow bergegar akibat hempasan kapal terbang British Airways yang menjunam laju yang meragut kesemua yang berada di dalamnya. Dentuman itu sangat kuat sehinggakan boleh dirasai sejauh 20km radius. Berita kemalangan itu mengejutkan semua orang yang berada berhampiran. Selang beberapa minit kemudian, kedengaran siren bomba serta ambulan bergegas ke tempat kejadian. Usaha menyelamat dijalankan dengan segera selama dua hari berturut-turut. Kerja-kerja menyelamat agak sukar dilakukan kerana bangkai kapal terbang tersebut hancur dengan teruk dan oleh kerana hentaman kemalangan itu agak kuat, ada sesetengah mayat dilihat tercampak keluar sejauh 800 meter.



26 jam selepas itu, ahli bomba akhirnya menjumpai jasad Daniel dan Maya. Mereka masih dalam keadaan berpelukan dengan Daniel kehilangan kaki kanannya dan Maya hancur dibelakang kepalanya.



Kemalangan itu menitiskan air mata ratusan masyarakat, lebih-lebih lagi ahli keluarga kepada mangsa yang terlibat. Ia terlalu tragik. Sehingga masyarakat mengadakan satu perhimpunan bagi mengingati para mangsa kemalangan. Mereka juga membina batu peringatan bagi memperingati mangsa-mangsa kemalangan itu. Setiap nama yang terkorban diukir dengan cantik diatas batu tersebut.
Ahli keluarga Daniel dan Maya bersepakat, untuk menyemadikan jasad kedua-dua pasangan itu di bumi Scotland. Walaupun dikritik pelbagai pihak, tetapi bagi mereka, itu lah sebaiknya supaya tidak terseksa roh mereka andai membawa pulang ke Malaysia.


Paling tidak, sekurang-kurangnya, hajat Maya untuk terus kekal di bumi itu bersama suami tercintanya termakbul jua.




Karya ini direka adalah berdasarkan 100% inspirasi kUfazUke, tiada kene mengena sama ada yang hidup, mahupun sudah meninggal dunia. Seandainya ada, ia cumalah satu kebetulan sahaja. Sekian terima kasih.




Friday, April 24, 2009

.::Kiter tak pernah hargai::.

Malam itu adalah seperti malam2 yang lain... samer jer... xde mood, rasa stress dan tak keterlaluan juga andai dikatakan macam perit atau lebih baik dikelasifikasikan sebagai "lahanat". Aku logout drpd PC ku yg mengikatku selama 8jam utk mendengar rintihan pelanggan yang tak pernah hargai usaha pekerja2 seperti aku utk membantu mereka menyelesaikan masalah. Mereka je nak betul. Susah la macam ni! Seraya itu aku melihat anod, rakan seperjuanganku yang masih lagi tekun melayan karenah seorang pelanggan yang sedang berang atas masalah yang kecil. Di situ, jalannya seorang Datran, rakan baik ku juga. Muka beliau tampak rasa bosan dan tertekan bukan saja masalah kerja, barangkali masalah peribadi jua.

"Faz, lepak maner?", beliau menyapaku.
"Urmmm, burger dulu ker", jawabku seraya membetulkan earphone utk telefon bimbit Sony Ericsson W910i ku yang dilengkapi dengan HSDPA serta tetapan 3G di telingaku.
"Mapley la jom... esok pun cuti",cadang beliau.
"Tunggu Anod setel lu, pastu kiter gerak... sian dowh tinggal dia sorang2",balasku sambil melihat muka comel Anod berkerut2 berjalan ke sana ke mari mencari supervisor utk menyelesaikan masalah yang dihadapi beliau.

"Dah setel!! Pergi mampos ko Encik Yeoh!", lega Anod setelah pelanggan bebal yang beliau layan diserahkan kepada Encik Jumadi yang sedia berperang itu.

"Dah jom Dat lepak Valentine jom".
"Jom"

Sesampainya di Mapley yang dinamakan Valentine itu, aku segera memesan Teh 'O' ais serta Meggie goreng biasa telur mata takmo sayur secara tidak langsung membuktikan betapa aku benar2 lapar ketika itu. Bagi Dat pula beliau lebih berselera dengan mee goreng biasa serta nescafe panas nya. Anod terlepas ke mapley depan kerana beliau menyangkakan kami di sana.

"Takpe la weh, aku pun dah order kat sini... bebudak aku pun lepak ngan aku kat sini", kata terakhir Anod sebelom mengakhiri perbualan telefonnya bersama Datran.
"Kiter berdua je la nampak nyer Faz",kata Datran kepadaku.
"Ok je..",balasku.

Kami pun berbual panjang malam itu sambil menikmati setiap bait makanan larut malam kami. Rata2 topik kami bualkan pastinya berkisarkan tentang betapa kejam nyer syarikat yang kononnya GERGASI melayan pekerja2 seperti kami, kemarahan kami kepada pelanggan2 yang bajet mereka itu besar sangat serta tak lari juga kesempitan hidup yang kami alami ketika ini. Mungkin apabila kita dapat bersembang dan meluahkan rasa tak puas hati kepada orang yang sama fiil serta situasi kita, hati ini akan lebih lega. Kami juga bersembang bagaimana indahnya zaman2 kecil kami yang tak mungkin kembali lagi. Setiap permainan kejar2, Ola Oli serta Police Sentri kami ceritakan mengimbau kembali zaman2 itu. Tak lamer kemudian, kami terdiam seketika ibarat kata orang "malaikat lalu".

Dan Datran pun bersuara,"Mungkin Faz, tuhan dah bagi jalan hidup kita macam ni ader sebab dia untuk kita belajar dan hadapi setiap perit jerih nya kehidupan ni".
"Cam maner tu?",aku inginkan penjelasan lanjut.
"Dulu aku pernah sembang ngan member aku beb. Pastu aku terdiam bila dia cakap satu bende ni. Langsung tak bersuara aku. Serious.", Datran menjelaskan.
"Apa dia Dat", aku semakin tertarik.

Datran mula berbicara,

"Masa kau kecik, kau tak sabar2 nak ke sekolah,
kenapa?
Sebab kau nak belajar.

Bila kau dah sekolah, kau tak sabar2 nak abes sekolah,
kenapa?
Sebab kau nak masuk kolej atau Universiti.

Bila kau dah masuk kolej atau Universiti, kau tak sabar2 nak kuar,
kenapa?
Sebab kau nak kerja.

Bila kau dah kerja, kau tak sabar2 nak kahwin,
kenapa?
Sebab kau nak ada anak.

Dalam maser yang samer, kau tak sabar2 nak bersara,
kenapa?
Sebab kau nak rehat.

Tibalah saat kau nak hembus nafas terakhir,
apa yang akan bermain dalam kepala kau sebelom mati?
apa yang kau inginkan sebelom kau mati?

Anak yang soleh?
Mungkin...

Tapi kau akan inginkan kehidupan kau yang dulu...

Sebab kau sikit pun tak hargai setiap bait transisi perubahan hidup kau...

semua kejadian datang sekali dalam hidup kau tapi kau tak hargai...

kau nak cepat abes utk kejar sesuatu yang sudah pasti akan datang juga lambat laun pun...

dan masa kau inginkan kehidupan yang kau sia2 kan dulu, ia sudahpun terlambat.."



aku pun terdiam seketika sebelum membayar makanan aku dan pulang. Mindaku terkedu malam itu.



ps: Thanx datran kongsi ngan aku...


Friday, April 17, 2009

.::Keributan::.

Hye rakan2ku...
Pasti anda tertanya2 kan ape ke halnyer mamat bernama Kufaz ni letak tajuk sebegini secara tiba2 jer.. well... seperti yg tertera yg tertera pada diskripsi blog ini, aku telah pun secara terangnya menjelaskan mengenai genre penulisan sayer... dan anda sepatutnya tau yg aku ingin meluahkan perasaan tak best aku ini...

First of all,
aku rasa tak suker sgt2 pd hari gaji aku... iye.. aku ulang... aku rasa tak suker sgt2 pd hari gaji aku... hm... sepatutnya hari itu la yg org laen yg bekerja nnti2kan kan? tapi tidak aku... malah tidak salah andai aku kater yg bukan aku je rasa sedemikian.. ramai lagi yg mcm tu bai...

Bukan sebab aper... aku rasa tak setimpal lak ngan aper aku kerja kan di pejabat sebuah syarikat gergasi yg kononnyer memperoleh keuntungan berjuta2... aku makan basic je tu bai... aku mmg geram... kalo dahulu, sumer staf2 berkejar sakan buat OT sampai lebam... kuar gaji jer, kencang n mantap... tapi tak sekarang... tetibe hilang... sampai buntu kami semua nie.. nak byr tu ni pun susah.. ni plak nk beli PS3 yg sekarang tgh market RM1450... korang rasa tak mcm tu...

Hari2 aku dpt customer2 yg irrate kaw2 ngan perkhidmatan syarikat yg aku kerja nie.. yg kene layan.. staf2 mcm aku gak... dah la kene marah, dlm kepala fikir tentang mende2 duniawi yg perlu dilangsaikan... nak beli keta lagi... rumah lagi... kawen lagi... isk, dpt lak customer mcmtu.. mmg aku pun naik angin balk... ikutkan hati mau jer aku bakar HR tu tapi aku masih lagi siuman... aku pun tak tau la samada aku masih berminat atau tak kerja kt situ lagi... seres aku ckp.. mcm rasernyer nak hentikan kontrek mcm tu jer.. tapi skang ni, training bond tak dpt lagi.. so, nak taknak kene gak behave...

Org ckp maybe sbb masalah gawat yg buat sumer menderita ni.. tapi, still, kalo gawat, sepatutnyer 'mereka' tidak mengambil lagi pekerja serta akan berhentikan staf yg laen.. ni tak... di amik nyer lagi pekerja ader la... sah2 nk tunjuk bahawa syarikat ini ader lagi bajet yg besar utk staf2 nyer... abes tu... apsal kdg2 gaji masih lagi tak sekencang dulu? malah tiada chance pun nak kencangkan gaji...

So... maybe kene tunggu je kot sampai mereka bukak mata balik la kot... dan aku tak suker customer yg irrate mcm gampang... mampos ko aku marah balik!

Wednesday, April 15, 2009

.::Pokok Mangga yang setia::.

karya asal: kUfaZuke

Hujan gerimis mendinginkan suasana
petang yang sudah 3 jam dihangatkan oleh sinaran mentari yang terik. Kereta
Proton Wajaku berwarna hijau gelap laju menyusuri jalan bengkang-bengkok Bukit
Persekutuan Kuala Lumpur. Tibalah keretaku itu ke satu rumah yang usang dan
buruk. Barangkali sudah 5 tahun aku tidak ke sini. Betapa hatiku ini amat
merindui rumah lamaku itu. Rumah yang menyaksikan aku membesar selama 10 tahun
sebelum aku berpindah ke Sepang. Motif aku ke mari hanyalah untuk melihat
samaada terdapat lagi surat-surat penting yang dihantar ke alamat lamaku. Akan
tetapi, perkara yang boleh diselesaikan 30 minit menjadi 2 jam apabila mataku
ini terlihat satu pokok yang aku amat kenali sejak sekian lamanya…. Pokok
mangga. Indah berdiri di laman rumah buruk itu.

Aku amat-amat merindui pokok itu.
Malah aku sayang sangat terhadap pokok itu. Terdapat sejarah antara aku dan
pokok yang berbuah manis itu. Teringat aku peristiwa 7 tahun lepas bagaikan
baru semalam ia berlaku.

“Mama nak pergi kedai bunga ni.. nak penuhkan laman… abang
nak beli aper2 ke?”, persoalan ibuku yang memulakan semua ini.

“Abang nak benih pokok mangga… nak tanam sendiri”, gurauku
terhadap ajak2 ayam ibuku itu.

Selang beberapa jam kemudian pulanglah kedua orang tuaku
membawa pelbagai pokok2 bunga dan juga benih pokok manggaku itu.

“isk.. abang gurau je la… abang maner pernah tanam2 pokok
ni”

“Mama tau la… mama saje je beli nak suruh abang berbudi pada
tanah sket”

Sumpah, seumur hidupku selama 16 tahun itu, itulah kali
pertama aku menanam sesuatu yang bersifat tumbuhan. Aku pun mula buka buku
Kemahiran Hidup Tingkatan 3 adikku utk mengulangkaji kembali cara2 hendak
menanam pokok. Lantas pada ptg itu juga, aku berjaya menanam pokok pertamaku
itu. Dalam hatiku berketawa sinis..

“Huh… macam la boleh tumbuh…”

Tak ku sangka.. dalam berberapa minggu, benih itu mula
menampakkan tunas nya. Hatiku bukan main kepalang dengan perasaan yang
bercampur baur. Gembira, hairan dan tidak melampau jikaku katakan sayang. Aku
jaga pokok itu sehingga usianya barangkali kanak2 di dunia tumbuhan.

Sehinggalah tiba waktu aku sekeluarga bersiap hendak pindah
ke kediaman baruku di salah satu bahagian daerah Selangor itu.

“Abang taknak ke bawak sekali pokok mangga abang tu? Akar
dia masih lembut lagi… boleh lagi kalau nak berpindah ni..”

“Isk.. mama ni.. abang sayang sangat pokok ni.. kalau abang
cabut balik.. mati la dia…”

“Kang abang rindu2 lak kang….”

“………”


Seraya itu, kami sekeluarga berpindah tanpa meninggalkan
apa2 dibelakang… kecuali beberapa perabot usang dan juga pokok mangga
kesayanganku.

Tiit tiit!! Telefon mudah alih Sony Ericsson W910i yang dilengkapi dengan HSDPA serta setting 3G-ku berbunyi menandakan terdapat satu Khidmat Pesanan Ringkas masuk.

“Ada x surat tuk mama or papa? Balik cepat tau…”

Aku matikan pemain video masa lampau di dalam
kepalaku ini. Aku keluar daripada keretaku. Aku rapati pokok kesayanganku itu.
Pokok itu masih lagi cantik… lebih cantik keadaannya berbanding 5 tahun dahulu.
Dahannya besar dan kuat. Pokok itu membuahkan mangga2 yang cantik dan enak
dipandang. Aku petik buah2 itu sehingga cukup dua plastik besar. Aku cuba sebiji.

“ Sayang, walaupun aku dah tinggalkan kau sejak sekian
lamanya… Kau tetap hasilkan buah2 yang sedap untuk aku… Aku kagum dengan
kesetiaan kau ”, hatiku berbisik seakan benar2 berkomunikasi
bersama tumbuhan itu.

Andai kata aku ikut apa yang ibuku suruh dahulu, pastinya
pokok mangga itu masih subur dan lebih dekat bersama di kediaman baruku itu.
Kini, segalanya sudah terlambat. Sejauh mana pun aku menyayangi pokok itu,
sejauh mana aku inginkan buah2nya yang enak lagi manis itu. Aku tidak dapat
membawanya pulang kepadaku. Akar2nya sudah cukup kuat mencengkam tanah. Ku
dapati semut2 merah bersarang di atas pokok itu. Mungkin merekalah yang
menjaganya selama ini.

Bolehkah semut2 ini menjaga kesayanganku ini? Sampai ajalnya
tumbuhan itu? Aku noktahi segala persoalan itu di atas tangan Tuhan. Dia lah yang
Maha Mengetahui Segalanya.

Aku masuk kembali ke dalam keretaku. Hidupkan enjin dan
terus meninggalkan rumah usang bersama pokok mangga kesayanganku
itu….sekali lagi.

Pkokmanggeedit_1

moral: dalam hidup ini.. kita perlu membuat keputusan… buatlah dengan tepat sekali.. jgn menyesali nnti…

Tuesday, April 14, 2009

.:: Dahulu dan Sekarang ::.

Hai... apa kabar semua? Dalam blog ini, aku ingin meluahkan apa yang aku alami... Dan berharap dapat berkongsi dengan anda sekalian semua yang terbuku dalam hatiku.... Baiklah, mari kita mulakan sekarang....

Seperti biasa, seperti hari-hari terdahulu, aku membuka mata dahulu selepas bangun dari tidur. Walau sedikit, tidak sebanyak mana, aku kini terasa amat berlainan. Tidak seperti aku biasanya bangun. Ye, aku kini berat. Teringat kembali aku waktu dahulu kala, di mana aku adalah salah seorang yang amat menitik beratkan kesihatan dan rupa bentuk badan ku. Al maklumlah, seorang pemain bola, tenis dan juga atlet lumba lari di zaman menara gading dahulu.

Waktu itu adalah hari cuti ku... Aku mempunyai masa yg banyak utk dihabiskan utk diriku. Oleh itu, aku mula berfikir sejenak sambil menjamah juadah sarapan yg disediakan oleh ibuku. "Ape la yg wat aku camni?", otakku menanya hatiku. Kemudian, ntah bagaimana, ibuku seakan tahu apa yg bermain dalam benak fikiran ku berkata, "Kau tu gemuk Adi, tu pasal kau nampak kusut". Ibarat petir yang menyambar dadaku sepantas kilat, aku terpana sebentar. Mungkin kerana hit point ibuku pelepek tepat ke mukaku. Lalu aku bingkas berdiri dan berlari menuju cermin besarku. Iye, wajahku amat-amat lain. Bahkan, tidak salah jikaku mengatakan bahawa aku sendiri tak mengenali jejaka gemuk di depanku itu. Dengan perut buncitnya ibarat bapa kepada 3 org anak serta pipi bulat hingga tidak kelihatan tulangnya.

Terus aku memasuki bilik tidurku untuk membuat sedikit 'uji kaji'. Aku mula menyelak buku2 sekolah lama dan juga gambar2 diriku versi keding dahulu. Aku tatap satu2 gambarku. "Hensem giler aku dulu... seres la... tak macam sekarang", aku mula berbisik sendirian. Semua gambar2 itu menayangkan seorang lelaki yang berbadan tegap laksana seorang askar dicampur dengan model yang amat sensitif terhadap fesyen yang dipakainya. Aku mula malu pada diri sendiri dan bertalu-talu menanyakan soalan yang sama pada diriku. "Kenapa la ko macam ni Adi?!".

Adakah mungkin kerana setelah habis belajar dulu, aku mula tinggal semua aktiviti2 fizikalku? Mungkin ya dan mungkin tidak. Kerana di rumh, aku juga agak aktif bermain bola sepak bersama brader2 kawasan rumah dan ustaz yang menjadi imam di masjid kawasan rumahku itu. Walau tidak seaktif ketika ku belajar dahulu tetapi aku rasa aku tetap juga mengeluarkan peluhku serta merenggang2kan setiap ototku. Urm... mungkin... aku kini sudah tiada masa untuk melakukan semua aktiviti itu kerana terlalu terikat dengan jadual waktu kerja yang lagi indah jika di klasifikasikan sebagai teruk atau dalam loghat KL nyer "macam haram". Kerja 8 jam tak termasuk break. Andai kata mula pagi, sampai ke petang lah jawabnya. Bukan petang pukul 4 atau 5, tetapi 7 hingga 8. Kalau aku sempat sekalipun pergi ke padang, mungkin aku sorang je la yg terakhir turun main kerana semuanya sudah bukak boot bola dan seterusnya bersiap2 utk solat maghrib.

Kadang2 aku terfikir kembali, mcm maner la aku nak hidup dlm keadaan sistematik balik? aku dah tak macam org dah kerja. Bangla pun tak kerja seteruk ini barangkali. Dah plak tu, gaji pun tak setimpal dgn apa aku kerjakan selama ni. Teringin juga aku mengambil haluan lain termasuk menukar kerja. Tetapi, ntah kenapa, tidak satu pun daripada 15 pemohonan kerja yang aku hantar sangkut buat masa ni. Mungkin sekarang waktu2 'resession' kot. Oleh itu, aku nak taknak terpaksa la kerja di tempat itu bagi mencari rezeki yg halal. Takpe la.. ada rezeki lain, lain la jadi nya. Kita pun tak tau kan apa akan jadi selepas ni. Terpaksa la jugak aku korbankan buat sementara waktu untuk kembali cergas seperti selalu atau mungkin aku akan mula berjinak-jinak kembali sukan di kala waktu-waktu terluang aku. Mungkin aku akan mula pergi gym dan bermain futsal bersama2 rakan seperjuangan aku di tempat kerja itu. Dan aku berharap, aku dapat kembali seperti dahulu kembali.....

Adus, penat juga aku menulis panjang lebar ni.. lapar la pulak... nak makan kek coklat, yogurt ngan snek twisties yang aku beli la sebelum menulis blog ni.

Sekian, Terima Kasih,
-kUfaZuke-

Saturday, April 11, 2009

.::Saya sebuah CINTA::.

.::Saya sebuah CINTA::.

karya asal : kUfaZuke


Hye kawan2… arini saya nak bercerita… nak tau cerita apa? hehehe… sudah tentu kisah hidup saya…hehehe.. apa kata saya mulakan dgn pengenalan diri saya dulu… nak tau tak? mesti pembaca2 sekalian nak tau kan?
ok.. jom kita mula…

Nama saya adalah Cinta… ye.. Cinta… C.I.N.T.A… lima huruf yg ringkas tapi amat bermakna kan? org sumer sukakan saya.. dan ada yg tak suka tau… saya ni ada di mana2.. tapi saya pun hairan.. naper ada org ckp.. susah sgt nk jumpa saya… susah sgt nak carik saya…sedih saya tau… saya ni amat suci.. kdgkala amat manis.. dan kdgkala amat pahit… bukan salah saya kalau saya pahit.. tapi akal manusia tu sendiri yg wat saya mcm nie… saya ok je.. yg derang nak susah2kan saya wat pe?
kalau kawan2 nak tau… spesis saya ni byk tau.. tapi saya dicipta dikhususkan utk merapatkan hubungan antara dua manusia… best kan?

haih.. best ke? kawan2 baca la citer saya dulu k?

Kawan2 nak tau? dulu kan… saya bersama dgn dua org kapel ni… mereka gunakan saya sbg medium hubungan mereka… ari2 dok ckp mereka cinta sesamer mereka…
sweet sgt2… saya suka… rasa mcm diri ni dihargai sgt2… semasa xde aper2 hubungan dulu… mereka galak sebut nama saya utk didedikasikan utk satu sama lain…saya hargai sgt2… tapi saya pelik la… naper kan.. bila mereka dah ucap atau declare kapel… lama2 derang makin lupakan saya…ibarat diri saya ni pudar je antara mereka… dulu bukan main derang ucap2 nama saya… tapi bila dah kapel… nak ckp ‘i love u’ pun susah…naper hah? manusia mmg cmni ke? saya pelik la… walaupun saya cuma sebuah metafora yg menggambarkan sesuatu pejal yg tidak realistik, tapi saya ada perasaan tau!! sampai hati derang… kdg2.. yg wat saya lagi pelik.. salah sorang bukan main nk pegang diri saya utk si dia.. tapi si dia lak.. wat tatau je… sian tau org yg setia ngan saya ni… tapi si dia pikirkan org lain lak… sedih kan kawan2? Akhirnya… mereka pun putus… yg setia tetap peluk saya…
hati dia ckp still dia tggu… utk bg diri saya kepada si dia… si dia lak.. wat tatau jer… dah tak mcm dulu… takde ‘i love u’ dah… takde ‘i miss u’ dah… last2 diri saya terbiar je cmtu… sedih kan kawan2??

Pastu ada lagi satu kisah ni… wow.. lagi best… saya suka sgt org ni… dia ni jenis setia.. sgt2 setia tau kawan2… even byk rival saya dtg nak curik hati dia,tapi dia stick ngan saya… sbb hati dia ckp.. dia cintakan pada sorang je… iaitu gadis idaman dia… tapi gadis tu tak nmpk… tapi dia rileks je…bg dia, memberi diri saya utk si dia adalah segala2nya… seres… saya rasa dihargai sgt2… tapi.. naper hah? manusia ni pelik… sian dia… si dia sanggup wat aper saje utk gadis tu… tapi masa tu gadis tu ada cinta lain… tapi seperti biasa, manusia ni pelikkan? mereka pudarkan je rakan seperjuangan saya tu… sian tau.. kawan saya tu baik… ye la.. dah nama pun ‘cinta’ gak kan? tapi ntah naper mereka pudarkan cmtu je… at last… gadis tu putus ngan ex dia… apa lagi… si setia ni pun amat gembira la… tapi ntah naper.. gadis tu susah sgt nk terima saya… maybe hati gadis tu mmg dah terparut dikerjakan ex dia tu.. ex dia wat bodoh je… susah tau.. kdg2 sian kt gadis tu.. kdg2 sian kt si setia nie…. itu la yg saya ckp… komplikasi sgt ke saya ni hah kawan2?? akhirnya, saat ditunggu tiba… si gadis tu mula nk menjinakkan hatinya ngan si setia ni… saya sgt seronok bila tgk muka si setia berseri2… dia bg diri saya utk gadis tu… mula2 mmg manis… sgt2 sweet dan cute sgt tau… tapi in the end, tetibe lak ex dia nk si gadis tu balik ke pangkuannya… last2 gadis tu mula jauhkan diri dia drpd si setia… si setia dah tak keruan… dan akhirnya si gadis tu tgglkan si setia utk bersama ex dia… sian kan laki tu? saya dah lamer tggl dlm hati gadis tu… saya dpt rasakan kehangatannya… akhirnya gadis tu cmpk dan bg balik diri saya kt si setia ni… cmtu je… at last.. si setia ni ntah jadik aper pun saya taktau.. paling last saya dgr… dia dah mula start mabuk, kaki clubbing hanya kerana kehilangan saya… tu yg saya pelik tau kawan2… naper pasal saya manusia jadik mcm nie? kuat sgt ke penangan saya nie? lepas kejadian tu, saya hilang… dibawa angin kpd sesorang yg mencari2 saya…

Tibalah saya hidup balik pada suatu ketika tu… si gadis yg jmpe saya… dan semmgnya dia sedang mencari2 saya tau… at last.. biler si gadis terpandang mata si jejaka ni, saya hidup kembali… si gadis tu peluk saya erat2 sgt… saya rindukan pelukan seumpama mcm tu tau… kawan2 nak tau? si gadis tu mula rapat ngan jejaka tu… dan jejaka tu rapat gak ngan gadis tu… auww… sweet sgt2.. eventhough xde aper2, si gadis tu sanggup wat aper saje utk si jejaka tadi.. seres.. dia serahkan segala2nya demi cinta jejaka tersebut… dan saya btul2 maksudkan segala-galanya… dia turut je perangai jejaka tersebut atas satu harapan agar si gadis ni dpt simpan diri saya cantik2 di dlm hati jejaka tu… sweet tak? hehehe… akhirnya, seperti biasa… manusia kan? mana pernah bersyukur apa yg ada di depan mata… sebelum mereka declare aper2, jejaka tu dah pandang pompuan lain… sian kan gadis tu… dah serah segala-gala tu… cuba kawan2 berada kt tmpt gadis tu.. apa kawan2 rasa? sgt hancurkan hati kawan2? tak patut kan jejaka tu wat cmtu…
tu yg saya pelik… kenapa diri saya dicipta utk mewujudkan sebuah tangisan yg pada mulanya tidak pernah terjadi?

In the end, saya tersadai di peluk seorang gadis yg amat baik… setiap ciri2 positif ada padanya… dia juga tercari2 saya di hati2 jejaka2 yg lain.. tapi tak pernah pun jumpa… tapi.. kalau kawan2 nak tau… sblom jmpe dia, saya berada dlm pelukan seorang jejaka… hehehe… best tau.. jejaka tu tggu punya la tggu gadis tu… hampir sedekad!! gler tak… hati jejaka tu ckp.. mmg disebabkan saya dia sanggup wat cmtu.. sweet tak kawan2? huhuhu~… tapi mulanya gadis tu tak nmpk… gadis tu tgh mengharapkan org lain… tapi org lain tu takmo pon terima dia… ntah aper salah dia pon saya tatau… tapi yg bestnyer… walaupun hati gadis tu terluka.. dan masih mengharapkan jejaka yg lain… even takleh lupa pon, dia gagahkan juga utk bg peluang pd jejaka ni… dan jejaka ni beri dia diri saya.. sbg hadiah terbaik yg tak pernah manusia terima sepanjang hayat…. at last… smpi mereka kawen dan beranak pinak, diri saya masih menjadi medium perhubungan suci mereka.. sweet kan? hehehe~ akhirnya.. dpt gak saya setel down dgn aman… tak mencari2 hati2 yg tidak menghargai saya… saya suka hidup saya kini!!

sampai di sini saja ok kawan2? jejaka ngan gadis tu nak sambut besday anak kedua mereka yg ke-9… saya perlu berada disitu utk merakam segala detik manis mereka ok? nnti.. kalau saya free… saya cerita la lagi kisah2 kawan saya yg lain lak… mereka pun byk cerita yg best2 utk dikongsi tau… sampai berjumpa lagi… bye kawan2!!

Pedih Yang Tak Mungkin Akan Hilang

Cerita asal : kUfaZuke


"Ringgggggggg!!!", kebisingan deringan loceng di sebuah sekolah menengah amat membingitkan telinga sesiapa yang mendengarnya. Deringan selama 15 saat itu menandakan waktu rehat sudah pon tiba.
Ummi, Syela dan Siti mengemas meja mereka dan berjalan bersama-sama ke kantin sekolah. Sedang mereka berjalan, tiba-tiba mata Siti terpandang seseorang yang agak intim dikenalinya sejak Tingkatan 4 lagi sedang berbual bersama rakan-rakannya.
Langkahnya terhenti.

"Aih… padan la kawan kita ni berhenti Ummi. ‘Abang’ dia kt tepi sana tu.", ujar Syela memerli rakan baiknya itu.
"A’ah.. ye la.. Weh Siti… ko nak makan tak ni? Kami dah lapar ni..", perut Ummi memaksa beliau mengeluarkan dialog sedemikian.
"Kejap! Aku datang la ni.. isk..", rungutan Siti apabila fantasinya diganggu kawan baiknya itu.

Begitulah ragamnya pelajar bernama Siti ini apabila terpandang Khairul, pelajar sama jurusan tetapi lain kelas dengan Siti. Semasa tingkatan 4 dahulu, Khairul agak rapat dengan Siti. Mereka ni berkawan agak rapat dan akrab.
Malah kedua-duanya mengambil kelas tuisyen di pusat tuisyen yang sama. Namun hubungan mereka menjadi semakin renggang dari hari ke hari sejak Khairul menyatakan sesuatu pada Siti.

"Siti, kau tau… Kita dah lama kawan… Pergi tuisyen sama-sama, pergi sekolah sama-sama. Aku rasa aku tak dapat nak lupakan kau Siti. Kau rapat sangat dengan aku. Sedikit sebanyak aku rasa, mungkin aku dah jatuh cinta pada kau..", luahan hati Khairul pada Siti.

"Isk, kau ni!! Bagi aku, kau seorang kawan yang amat baik.. Tapi jatuh cinta? Apa barang?! Aku suka kau sebagai kawan bolehlah.. hahaha.. dah dah dah.. jangan ngarut lagi…", gurau dan tolakan Siti itu barangkali ibarat petir yang menyambar hati Khairul.

"Hmm… takpe la.. Aku terima. Jodoh kan Siti? Kalau dah jodoh, kau takkan ke mananya… Kahwin dengan aku gak.. hahaha..", Khairul cuba menyembunyikan kehampaan yang dialaminya.

"Hahaha.. Kau ni.. ada-ada je lah..", balas Siti.

Sememangnya Khairul amat rapat dengan Siti sehinggakan Siti merasakan hubungan mereka ibarat adik dengan abang. Tidak lebih daripada itu. Sejak itulah Siti mula menjauhkan diri sedikit demi sedikit daripada Khairul.

Ketiga-tiga rakan baik itu menjamah nasi lemak di kantin dengan baki 10 minit waktu rehat mereka. Nasi lemak yang berharga 50 sen sebungkus itu dibeli sebanyak 2 bungkus oleh Siti. Barangkali beliau agak lapar pagi itu.
Tiba-tiba Syela memandang Siti dan bersuara;

"Wah.. banyak kau makan… lapar sangat ker?"

"A’ah.. lapar… malam semalam aku makan sikit je kat rumah.."

"Lapar sebab tak makan ke… Atau lapar sebab rindu?"

"Apa kau merepek ni Syela? Kau ni ada-ada je"

"Aku pun hairan la kau ni Siti… Luahkan je la isi hati kau pada Khairul tu… Aku tau kau masih sukakan dia.."

"Tapi.. aku malu…"

"Kau nak malu apa nya? Dulu dia nakkan kau.. kau pulak jual mahal.. Sekarang lak.. terindu-rindu.."

"Aku takut la Syela. Aku takut nak mempunyai apa-apa hubungan dengan sesiapa pun… Aku tak pernah rasa semua ni.."

"Alah… Khairul tu pun baik orangnya. Bukan jenis pelajar bermasalah… Pelajar berdisiplin la katakan.. Aku pun hairan, dalam banyak-banyak pelajar perempuan lain, dia tetap nakkan kau.. tu la tandanya dibetul-betul sayang.."

"Takpelah Syela.. Biar la aku pendam semua ni dulu.. Aku nak tumpu pada pelajaran aku dulu.. Malaslah nak fikir benda-benda macam ni.."

"Hm.. tu la kau.. ego tinggi sangat.. Tapi bila rindu, last-last merenget kat kami jugak.."

"hm…."

"Aku nak tanya… Semua bunga-bunga yang Khairul bagi kau tu kau simpan lagi tak? hehehe… Alah, bunga sempena Friendship Day la, Valentine la dan semua-semua tu.."

"Isk.. maner ader dah… aku dah buang", tipu Siti kerana takut dibahani lagi oleh kawannya itu.

Kisah cinta terpendam keduanya itu berlarutan sehingga semuanya habis menjalani peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia. Tibalah hari di mana semua pelajar mengambil keputusan SPM mereka.
Siti amat gembira kerana mendapat keputusan yang cemerlang di dalam ujiannya. Beliau meraikan bersama Syela dan Ummi yang turut mendapat keputusan yang memuaskan. Akan tetapi, Siti tidak puas hati. Mata beliau melilau mencari Khairul.
Ingin juga beliau mengetahui keputusan yang dimiliki oleh Khairul.

"Khairul dah balik dah.. Dia datang awal ngan abang dia ambil slip… Dia dapat 5A tu… Gembira gila dia tadi.. Kau la.. Lambat sangat", bebel Ummi pada Siti.

Hati Siti retak sedikit. Terkilan beliau tidak dapat melihat wajah Khairul yang dirinduinya sejak sekian lama. Mungkin bukanlah rezeki beliau untuk berjumpanya pada hari itu.
Dalam hatinya masih lagi menaruh harapan agar suatu hari nanti berjumpa semula dengan Khairul.

"Allahuakbar Allahuakbar!!", laungan azan Maghrib mengejutkan Siti daripada lamunan beliau mengenai kisah cintanya di zaman persekolahan itu. Beliau yang mengambil rehat 10 minit kerana penat melakukan projek akhir tahun ijazah beliau di universiti tempatan bingkas bangun untuk mengerjakan solat Maghrib.
Selepas selesai mengerjakan solat, beliau mula menyelak semula majalah sekolah lamanya untuk mencari alamat dan nombor telefon Khairul. Hati beliau tiba-tiba sahaja dipenuhi dengan rasa rindu yang parah. Akhirnya beliau berjaya mendapatkan nombor Khairul. Cukup 8 nombor didailnya menggunakan telefon bimbit Sony Erikson beliau, talian disambungkan.

"Hello… Boleh saya bercakap dengan Khairul?", Siti memulakan bicara.

"Khairul? Maksud awak Khairul Bin Syahri ke?… urmmm… kejap ye?", sapaan seorang wanita bersuara lembut mengangkat telefon itu. Hati Siti mengagak kemungkinan isteri Khairul yang menjawab talian tersebut.

"Hello… Awak nak bercakap dengan Khairul ke?", tiba-tiba sahaja suara lembut wanita itu digantikan oleh seorang lelaki yang bersuara garau.

"Ye saya… saya Siti Nurbalqis. Kawan sekolah lama dia dulu..", Siti mula memperkenalkan diri.

Tiba-tiba keadaan Siti seakan-akan hampir pengsan setelah lelaki tersebut menjawab;

"Siti… Saya abang Khairul, Azlan. Cik Siti mungkin tak pernah dapat berita kot. Khairul sudah lama meninggal dunia. Accident semasa mengambil diploma dulu. Maafkan saya…"


350pxsmkts

moral : There’s nothing hurt even worst than a late "I Love You"…..