Cerita asal : kUfaZuke
"Ringgggggggg!!!", kebisingan deringan loceng di sebuah sekolah menengah amat membingitkan telinga sesiapa yang mendengarnya. Deringan selama 15 saat itu menandakan waktu rehat sudah pon tiba.
Ummi, Syela dan Siti mengemas meja mereka dan berjalan bersama-sama ke kantin sekolah. Sedang mereka berjalan, tiba-tiba mata Siti terpandang seseorang yang agak intim dikenalinya sejak Tingkatan 4 lagi sedang berbual bersama rakan-rakannya.
Langkahnya terhenti.
"Aih… padan la kawan kita ni berhenti Ummi. ‘Abang’ dia kt tepi sana tu.", ujar Syela memerli rakan baiknya itu.
"A’ah.. ye la.. Weh Siti… ko nak makan tak ni? Kami dah lapar ni..", perut Ummi memaksa beliau mengeluarkan dialog sedemikian.
"Kejap! Aku datang la ni.. isk..", rungutan Siti apabila fantasinya diganggu kawan baiknya itu.
Begitulah ragamnya pelajar bernama Siti ini apabila terpandang Khairul, pelajar sama jurusan tetapi lain kelas dengan Siti. Semasa tingkatan 4 dahulu, Khairul agak rapat dengan Siti. Mereka ni berkawan agak rapat dan akrab.
Malah kedua-duanya mengambil kelas tuisyen di pusat tuisyen yang sama. Namun hubungan mereka menjadi semakin renggang dari hari ke hari sejak Khairul menyatakan sesuatu pada Siti.
"Siti, kau tau… Kita dah lama kawan… Pergi tuisyen sama-sama, pergi sekolah sama-sama. Aku rasa aku tak dapat nak lupakan kau Siti. Kau rapat sangat dengan aku. Sedikit sebanyak aku rasa, mungkin aku dah jatuh cinta pada kau..", luahan hati Khairul pada Siti.
"Isk, kau ni!! Bagi aku, kau seorang kawan yang amat baik.. Tapi jatuh cinta? Apa barang?! Aku suka kau sebagai kawan bolehlah.. hahaha.. dah dah dah.. jangan ngarut lagi…", gurau dan tolakan Siti itu barangkali ibarat petir yang menyambar hati Khairul.
"Hmm… takpe la.. Aku terima. Jodoh kan Siti? Kalau dah jodoh, kau takkan ke mananya… Kahwin dengan aku gak.. hahaha..", Khairul cuba menyembunyikan kehampaan yang dialaminya.
"Hahaha.. Kau ni.. ada-ada je lah..", balas Siti.
Sememangnya Khairul amat rapat dengan Siti sehinggakan Siti merasakan hubungan mereka ibarat adik dengan abang. Tidak lebih daripada itu. Sejak itulah Siti mula menjauhkan diri sedikit demi sedikit daripada Khairul.
Ketiga-tiga rakan baik itu menjamah nasi lemak di kantin dengan baki 10 minit waktu rehat mereka. Nasi lemak yang berharga 50 sen sebungkus itu dibeli sebanyak 2 bungkus oleh Siti. Barangkali beliau agak lapar pagi itu.
Tiba-tiba Syela memandang Siti dan bersuara;
"Wah.. banyak kau makan… lapar sangat ker?"
"A’ah.. lapar… malam semalam aku makan sikit je kat rumah.."
"Lapar sebab tak makan ke… Atau lapar sebab rindu?"
"Apa kau merepek ni Syela? Kau ni ada-ada je"
"Aku pun hairan la kau ni Siti… Luahkan je la isi hati kau pada Khairul tu… Aku tau kau masih sukakan dia.."
"Tapi.. aku malu…"
"Kau nak malu apa nya? Dulu dia nakkan kau.. kau pulak jual mahal.. Sekarang lak.. terindu-rindu.."
"Aku takut la Syela. Aku takut nak mempunyai apa-apa hubungan dengan sesiapa pun… Aku tak pernah rasa semua ni.."
"Alah… Khairul tu pun baik orangnya. Bukan jenis pelajar bermasalah… Pelajar berdisiplin la katakan.. Aku pun hairan, dalam banyak-banyak pelajar perempuan lain, dia tetap nakkan kau.. tu la tandanya dibetul-betul sayang.."
"Takpelah Syela.. Biar la aku pendam semua ni dulu.. Aku nak tumpu pada pelajaran aku dulu.. Malaslah nak fikir benda-benda macam ni.."
"Hm.. tu la kau.. ego tinggi sangat.. Tapi bila rindu, last-last merenget kat kami jugak.."
"hm…."
"Aku nak tanya… Semua bunga-bunga yang Khairul bagi kau tu kau simpan lagi tak? hehehe… Alah, bunga sempena Friendship Day la, Valentine la dan semua-semua tu.."
"Isk.. maner ader dah… aku dah buang", tipu Siti kerana takut dibahani lagi oleh kawannya itu.
Kisah cinta terpendam keduanya itu berlarutan sehingga semuanya habis menjalani peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia. Tibalah hari di mana semua pelajar mengambil keputusan SPM mereka.
Siti amat gembira kerana mendapat keputusan yang cemerlang di dalam ujiannya. Beliau meraikan bersama Syela dan Ummi yang turut mendapat keputusan yang memuaskan. Akan tetapi, Siti tidak puas hati. Mata beliau melilau mencari Khairul.
Ingin juga beliau mengetahui keputusan yang dimiliki oleh Khairul.
"Khairul dah balik dah.. Dia datang awal ngan abang dia ambil slip… Dia dapat 5A tu… Gembira gila dia tadi.. Kau la.. Lambat sangat", bebel Ummi pada Siti.
Hati Siti retak sedikit. Terkilan beliau tidak dapat melihat wajah Khairul yang dirinduinya sejak sekian lama. Mungkin bukanlah rezeki beliau untuk berjumpanya pada hari itu.
Dalam hatinya masih lagi menaruh harapan agar suatu hari nanti berjumpa semula dengan Khairul.
"Allahuakbar Allahuakbar!!", laungan azan Maghrib mengejutkan Siti daripada lamunan beliau mengenai kisah cintanya di zaman persekolahan itu. Beliau yang mengambil rehat 10 minit kerana penat melakukan projek akhir tahun ijazah beliau di universiti tempatan bingkas bangun untuk mengerjakan solat Maghrib.
Selepas selesai mengerjakan solat, beliau mula menyelak semula majalah sekolah lamanya untuk mencari alamat dan nombor telefon Khairul. Hati beliau tiba-tiba sahaja dipenuhi dengan rasa rindu yang parah. Akhirnya beliau berjaya mendapatkan nombor Khairul. Cukup 8 nombor didailnya menggunakan telefon bimbit Sony Erikson beliau, talian disambungkan.
"Hello… Boleh saya bercakap dengan Khairul?", Siti memulakan bicara.
"Khairul? Maksud awak Khairul Bin Syahri ke?… urmmm… kejap ye?", sapaan seorang wanita bersuara lembut mengangkat telefon itu. Hati Siti mengagak kemungkinan isteri Khairul yang menjawab talian tersebut.
"Hello… Awak nak bercakap dengan Khairul ke?", tiba-tiba sahaja suara lembut wanita itu digantikan oleh seorang lelaki yang bersuara garau.
"Ye saya… saya Siti Nurbalqis. Kawan sekolah lama dia dulu..", Siti mula memperkenalkan diri.
Tiba-tiba keadaan Siti seakan-akan hampir pengsan setelah lelaki tersebut menjawab;
"Siti… Saya abang Khairul, Azlan. Cik Siti mungkin tak pernah dapat berita kot. Khairul sudah lama meninggal dunia. Accident semasa mengambil diploma dulu. Maafkan saya…"
moral : There’s nothing hurt even worst than a late "I Love You"…..
3 comments:
semua nama yg tertera di dlm cerpen ini tidak ada kena mengena samaada yg hidup ataupun dah tertanam di dlm kubur. Sekian, terima kasih.
-kUfaZuke-
Urghh sedey siOt.~
Tah2 cite gepren kaw x. Lalala~
hahaha.. rekaan dlm fantasi aku jer.. aku terjemah dlm bentuk tulisan jer...huhu~
Post a Comment